BAGAIMANAKAH CARA BUAT PBE BANK?
Sekiranya anda mempunyai akaun Public Bank, anda boleh menggunakan perkhidmatan online Banking yang disediakan oleh Public Bank yang dikenali sebagai Pbe Bank. Untuk menggunakan Pbe Bank ini anda seharusnya daftar akaun terlebih dahulu. Bagaimana cara buat PBE Bank? Disini kami kongsikan, semoga membantu.
APA ITU PBe BANK
Pbe Bank adalah sebuah portal online yang membolehkan kita membuat pindahan wang,pembayaran, pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk urusan pembayaran bill dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu memiliki akaun Pbe Bank anda terlebih dahulu perlu memiliki akaun Public Bank yang masih aktif.
DOKUMEN YANG PERLU DAFTAR PBE BANK ONLINE BANKING
Untuk pendaftaran kali pertama, anda hendaklah sediakan:
- Nombor kad debit/kredit
- PIN kad debit/kredit
- Telefon nombor yang telah didaftarkan
CARA BUAT PBE BANK
Untuk mendaftar Pbe online Banking mempunyai 3 pilihan iaitu:
Buat PBe Bank di Mesin ATM
- Pergi ke mana-mana mesin ATM cawangan public bank yang berdekatan
- Masukkan kad Public Bank anda
- Kemudian pilih pada Other Services > Register Internet Banking
- Masukkan No telefon anda untuk daftarkan sebagai penerima PAC (PBE AUTHENTICATION CODE) bagi membolehkan anda dapat mengesahkannya untuk meneruskan sebarang transaksi.
- Masukkan Kata Laluan yang anda inginkan di mesin ATM tersebut.
- Seterusnya anda dikehendaki Log masuk PBE: https://www.pbebank.com/
NOTA: Pastikan anda klik butang “FIRST TIME” dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran di mesin ATM. Sekiranya tiada akses anda public bank online register first time login, akaun anda akan kena block dan anda perlu mohon semula.
Buat Pbe Bank di Kaunter Public Bank
- Pergi ke kauntar Public Bank Berhampiran anda
- Pastikan ada lengkapkan borang permohonan Pbe Bank terlebib dahulu. Anda boleh muat turun borang DI SINI https://www.pbebank.com/pdf/E-Channel/PBe-Online-Banking/Application-Form-For-Individual.aspx atau di cawangan Public Bank.
- Setelah lengkap serahkan pada kakitangan bertugas di kaunter untuk tindakan seterusnya bagi menyelesaikan permohonan Pbe Bank anda.u.
Cara Buat Pbe Bank Secara Online
- Layari pautan: https://www.pbebank.com/forms/form-pbebank-registration.aspx
- Masukkan malumat yang diperlukan seperti
- No Kad Debit Public Bank anda
- No Kad Pengenalan anda
- Setelah lengkap klik pada submit
SOALAN LAZIM PBE BANK
Saya sudah cuba sehingga 3 kali untuk login pbe bank tetapi tidak berjaya. Tidak pastinya samada saya terlupa password atau username. Bagaimana?
Anda boleh terus hubungi PBe Customer Support atau customer service di nombor hotline mereka iaitu 03-2179 9999
Bagaimana cara selesaikan kad atm public bank kena block?
Mesti ada banyak kali masuk dan key in password yang salah. Untuk unblock card public bank anda ada 2 cara:
- pergi ke cawangan public bank, jika masih ingat password mereka akan aktifkan semula kad anda
- Jika masih lupa password, kad anda akan digantikan dengan yang baru
Selamatkah duit saya pada ketika menggunakan servis dan perkhidmatan Pbe Bank?
Semestinya selamat. Ini kerana setiap uruniaga dan transaksi yang anda lakukan dilindungi dengan sekuriti yang cukup tinggi termasuk menggunakan Transport Layer Security (TLS)
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)
CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)
CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK