BUKA AKAUN ASB ONLINE(Tak Perlu Ke Kaunter)

CARA BUKA AKAUN ASB ONLINE(Tak Perlu Ke Kaunter)

Adakah anda ingin membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Dahulu urusniaga ASB hanya boleh dilakukan di kaunter berdaftar sahaja, samada di pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASB berhampiran.Bagaimana cara buka akaun ASB secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

MUAT TURUN APLIKASI MyASBN

Untuk membuka akaun ASB secara online, anda seharusnya muat turun dan install aplikasi MyASBN di telefeon anda terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi:

  • Play Store bagi pengguna Android 
    Apple Store bagi pengguna IOS

CARA BUKA AKAUN ASB ONLINE

Setelah anda install aplikasi MyAsbn tersebut, berikut adalah merupakan cara pembukaan akaun ASB secara online:

  1. Buka aplikasi MyAsbn anda
  2. Pada paparan utama klik pada Daftar
  3. Masukkan butiran yang diperlukan
    • Nombor kad pengenalan (MyKad)
    • Nombor telefon (pastikan yang aktif untuk penerimaan kod OTP)
  4. Masukkan kod OTP yang terima melalui SMS.
  5. Seterusnya isikan semua maklumat peribadi anda termasuk akaun bank. Pastikan nama pemilik akaun bank adalah sama dengan pengenalan diri anda.
  6. Kemudian anda dikehendaki untuk melengkapkan dokumen pengistiharan diri dan malumat pekerjaan (bagi tujuan jaringan produk yang sesuai untuk anda).
  7. Seterusnya anda dikehndaki untuk membuat pengesahan identiti seperti:
    • Mengambil gambar MyKad
    • Rakam video swafoto bersama kad pengenalan.
  8. Sekiranya pengesahan identiti anda diluluskan, anda sudah boleh log masuk akaun MyAsbn anda seperti nama pengguna, frasa keselamatan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
  9. Selesai

NOTA: Anda boleh mulakan pelaburan baharu pertama anda dengan minimum hanya RM10.

SOALAN LAZIM

Mengapa harus menggunakan MyASNB Portal?

Portal MyASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

 Apakah kemudahan yang disediakan menerusi myASNB?

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB

Bagaimana untuk mula melabur dalam unit amanah ASNB?

Anda boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun. Dokumen yang perlu dibawa ialah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara transfer duit ke akaun ASB , anda boleh layari portal rasmi ASB  atau:

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI ASNB ONLINE(Permohonan Janji Temu Di Kaunter Cawangan ASB Seluruh Negeri)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)

KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB:CARA TUKAR/UPDATE TAC(CAWANGAN & KIOSK)

SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE:CHECK BALANCE MyASNB & MAYBANK2U

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *