CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE(Jual Beli Saham bursamalaysia.com)
Untuk membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia, kita perlu membuka akaun CDS di bawah broker berlesen di Malaysia. CDS atau nama panjangnya Central Depository System merupakan sebuah sistem di bawah Bursa Malaysia yang membolehkan saham dimiliki dan didagangkan.Bagaimana cara untuk buka akaun CDS? Disini kami akan kongsikan cara buka akaun CDS, semoga membantu.
APA ITU AKAUN CDS
Aktiviti dan proses jual beli saham di Bursa Malaysia akan sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC – securities commission) dan Bursa Malaysia.
Untuk melakukan jual beli saham di Bursa, anda perlu membuka satu akaun CDS (central depository system) terlebih dahulu. Hanya selepas membuka akaun ini barulah anda boleh membeli dan menjual lebih 1500 syarikat/saham yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.
CARA LOGIN AKAUN CDS
Dengan memiliki akaun CDS, anda boleh membeli mana-mana saham berpotensi di Bursa Malaysia dan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham. Berikut adalah cara daftar Akaun CDS:
- Download borang pendaftaran Akaun CDS di pautan: https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/central_depository_system/cds_forms
- Buka borang yang telah dowload. Kemudian, isikan borang akan tertera. Pastikah anda isi maklumat dalam borang tersebut terlebih dahulu sebelum di print.
- Maklumat yang perlu diisi pada borang tersebut hanya pada ruangan berwarna biru sahaja dengan menggunakan HURUF BESAR sahaja.
- Maklumat yang perlu diisi ialah:
- OLD NRIC / PASSPORT / AUTHORITY CARD / REG NO (jika ada)
- NEW NRIC NO – masukkan no kad pengenalan anda
- NAME OF APPLICANT – masukkan nama berdasarkan kad pengenalan anda
- REGISTERED ADDRESS OF APPLICANT – masukkan alamat berdasarkan kad pengenalan anda
- TELEPHONE NO – masukkan nombor telefon yang aktif
- CROSS (X) WHERE APPLICABLE (SEE NOTE 13), tick MALAYSIAN/FOREIGNER
- NATIONALITY / PLACE OF INCORPORATION – masukkan kewarganegaraan anda.
- RACE / OWNERSHIP – masukkan bangsa
- Pada ruangan yang lain akan diisi kemudian.
- Anda dikehendaki mengisi tiga borang yang mempunyai maklumat yang sama.
- Print/Cetak kesemua borang ini.
- Pada ruangan selebihnya, isi secara bertulis
- Diruangan FOR OFFICE USE ONLY pastikan anda kosongkan ( To be completed by ADA / ADM / Bursa Depository).
- Di ruangan SIGNATURE OF APPLICANT / AUTHORISED SIGNATORY(ES), anda dikehendaki masukkan tandatangan anda.
- Diruangan DATE – Masukkan tarikh anda mengisi borang
- Hantar borang permohonan ini ke syarikat broker saham yang anda ingin buka akaun CDS anda.
- Kemudian ikuti prosedur-prosedur seterusnya untuk melengkapkan proses permohonan pendaftaran akaun CDS anda.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BUKA AKAUN CDS
Dokumen ini anda dikehendaki dibawakan sekali bersama borang permohonan anda:
- Dua salinan kad pengenalan MyKad/Pasport/Kad Kuasa Polis atau ATM.
- Dua salinan Dokumen Kuasa Wakil (Power Of Attorney) sekiranya ada. (Ini adalah untuk permohonan secara individu).
- Bagi pemohon dalam kalangan syarikat/Koperasi/Pertubuhan rujuk pada jadual yang tertera
SOALAN LAZIM
Ada Risiko ke Buka Akaun CDS?
Tidak ada kecuali perlu bayar RM10 diatas. Anda tidak perlu deposit apa-apa jumlah sebelum akaun anda siap. Selepas akaun siap, risiko ada semasa anda jual beli saham sebab harga saham boleh naik dan boleh turun.
Mengapakah saya perlu membuka akaun CDS?
Anda perlu membuka akaun CDS untuk membeli dan / atau menjual saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti (contohnya, bon, saham pinjaman, waran dan sebagainya) yang telah dinyatakan di dalam CDS.
Bolehkah saya membuka lebih daripada satu akaun CDS?
Seorang pelabur individu dibenarkan membuka satu sahaja (1) akaun CDS dengan setiap ADA. Walau bagaimanapun, seorang pelabur korporat boleh membuka pelbagai akaun dengan ADA yang sama.
MAKLUMAT LANJUT CARA BUKA AKAUN CDS
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara buka akaun cds anda boleh melari laman web Rasmi Bursa Malaysia: https://www.bursamalaysia.co
ARTIKEL BERKAITAN PELABURAN
CARA BELI BITCOIN MALAYSIA : CARA BUKA AKAUN, DEPOSIT, BELI DAN JUAL SEMULA BITCOIN
DAFTAR AKAUN WAHED INVEST MALAYSIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(APLIKASI PELABURAN PATUH SYARIAH)
i-INVEST KWSP: Cara Daftar Skim Pelaburan Pencarum
CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet (Macam Mana Nak Mula Pelaburan)
Buka akaun cds