CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE SEBAGAI PEMBELI

CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE SEBAGAI PEMBELI(Tak Perlu Guna PC,Guna Smartphone Jer)

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar platform Shopee? Sudah tentunya platform shopee ini tengah hangat di Malaysia terkini. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana cara daftar akaun shopee? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

APA ITU SHOPEE

Shopee ialah platform E-Dagang yang beribu pejabat di Singapura di bawah Sea Group (sebelum ini dikenali sebagai Garena), yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Forrest Li. Pembeli pertama dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan sejak diperluas jangkauannya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Antara kelebihan menggunakan platform Shopee adalah:

  • Kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.
  • Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.
  • Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.
  • Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.
  • Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat. 7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan

MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE

Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Shopee. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi

CARA DAFTAR AKAUN SHOPEE SEBAGAI PEMBELI(Tak Perlu Guna PC,Guna Smartphone Jer)

Sekiranya anda berminat untuk membeli belah di Shopee Mart, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar akaunShoppe:

  1. Buka aplikasi shopee atau layari website shopee: www.shopee.com.my .
  2. Seterusnya tekan pada menu ‘Me’ dan seterusnya tekan pada butang ‘Sign Up’.
  3. Masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan Next. Sekiranya anda ingin wujudkan akaun menggunakan akaun Facebook, Google atau Apple, tekan pada akaun yang anda ingin gunakan.
  4. Masukkan kod Captcha yang terpapar di skrin dan tekan OK.
  5. Masukkan kod verifikasi SMS yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda dan tekan Next.
  6. Masukkan Password pilihan anda. Password mestilah mengandungi 8 hingga 16 huruf kecil dan huruf besar.
  7. Tekan butang Continue untuk mengesahkan pendaftaran akaun.
  8. Anda boleh menetapkan Username dan Emel anda di menu ‘Me’ dan pilihan ‘My Profile’.
  9. Pendaftaran kini telah selesai.

SOALAN LAZIM

Apakah perbezaan antara Shopee dan Shopee mall?

Shopee Mall adalah ruang runcit premium hanya dengan jemputan yang dikhaskan untuk pemilik jenama dan pengedar sah. Produk Shopee Mall mempunyai atau label pada halaman profil kedai, atau di semua senarai produk kedai. Penjual Shopee Mall diwajibkan untuk: Mematuhi dasar keaslian 100%.

Bagaimana cara untuk aktifkan shopee pay?

Sekiranya anda ingin aktifkan shopee pay, boleh rujuk disini

Bolehkah Shopee mall dipercayai?

Semua produk yang disenaraikan oleh Shopee Mall Sellers mestilah 100% asli. Sekiranya anda didapati menjual produk palsu sebagai penjual Shopee Mall, anda bertanggungjawab untuk membayar balik pembeli dan memberi ganti rugi kepada Shopee untuk kos seperti kerugian dan liabiliti yang ditanggung atau ditanggung.

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP SHOPEE(Update Mobile Phone Number)

CARA DAFTAR SHOPEEFOOD PARTNER/MERCHANT (Kedai Makan & Restoran)

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *