CARA DAFTAR AMONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)
Adakah anda pelanggan kepada AmBank? Sekiranya ya, tahukan anda bahawa AmBank menawarkan kepada pelanggannya sistem perbankan Internet yang dipanggil AmOnline. Dengan menggunakan AmOnline anda dapat membuat pelbagai transaksi yang disediakan secara online seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kreditTetapi bagi pengguna kali pertama yang ingin menggunakan AmOnline, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara daftar AmOnline kali pertama, semoga membantu
CARA DAFTAR AMONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)
Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan AmOnline ini, seharusnya anda mempunyai akaun AmBank yang aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara pendaftaran kali pertama AmOnline
Daftar Menggunakan Apliksi(Pendaftaran Kali Pertama)
- Muat turun aplikasi AmOnline
- Install dan buka aplikasi AmOnline anda
- Seterusnya rujuk cara selanjutnya di bawah seperti daftar guna Web
Cara Daftar Menggunakan Website(Pendaftaran Kali Pertama)
- Sila buka laman rasmi AmOnline: https://ambank.amonline.com.my
- Tekan butang Login/Register Now > Register.
- Pada ruangan USERNAME, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Username anda mestilah alphanumeric (mempunyai nombor dan abjad tanpa sebarang jarak). Username anda juga mestilah panjang antara 6-15 aksara.
- Pada ruangan PASSWORD, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda tidak boleh sama dengan username Password anda mestilah panjang antara 8-16 aksara, serta mempunyai huruf besar, huruf kecil dan mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor. Simbol adalah pilihan.
- Pada ruangan CONFIRM PASSWORD, masukkan semula password yang anda telah masukkan di ruangan PASSWORD.
- Kemudian, pilih satu gambar sebagai SECURITY IMAGE untuk akaun anda. Security Image ini penting untuk anda mudah mengesahkan akaun anda semasa anda ingin cuba login ke akaun anda.
- Tick √ pada I AGREE WITH THE TERMS & CONDITIONS.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, pilih JENIS AKAUN Masukkan pula nombor akaun anda pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, sahkan pendaftaran akaun online banking anda ini dengan menggunakan PIN/TAC, bergantung pada jenis akaun anda. Sekiranya akaun anda ialah Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Kad Debit/ATM dan Kad Kredit, masukkan nombor PIN.
- Sekiranya akaun anda ialah Akaun Pembiayaan, masukkan nombor TAC.
- SMS dan Email Pengesahan dihantar kepada anda.
- Pendaftaran anda selesai.
CARA LOGIN AMONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)
Selepas selesai pendaftaran di atas, anda sekrang sudah boleh Log masuk akaun AMOnline anda. Beerikut adalah cara login:
- Sila buka laman rasmi https://ambank.amonline.com.my.
- Masukkan USERNAME anda di ruangan yang disediakan dan tekan LOGIN
- Imej Sekuriti dan Kata Sekuriti anda akan terpapar. Jika padanan adalah benar seperti yang anda pilih, tick ruangan “Yes this is my Secure Word and Image”
- Masukkan PASSWORD anda Tekan butang LOGIN sekali lagi
- Anda telah berjaya akses ke akaun AmOnline anda
NOTA: Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika gambar dan Secure Word yang diberikan tidak sepadan
SOALAN LAZIM
Saya lupa nama pengguna atau kata laluan AmOnline saya. Apa patut saya buat?
Kami boleh mendapatkan semula nama pengguna AmOnline anda dan menetapkan semula kata laluan anda. Anda perlu memilih jenis kad / akaun yang betul untuk mendapatkan nama pengguna anda. Benarkan kami mengesahkan anda sebelum mengambil nama pengguna anda atau menetapkan semula kata laluan. Ikuti langkah demi langkah sepanjang proses.
Saya tidak menerima SMS TAC. Apa patut saya buat?
Sila hubungi kami di talian 03-2178 8888 untuk ini.
Saya dapat melihat kata laluan terakhir saya diubah adalah XX hari yang lalu. Apa yang perlu saya lakukan dengannya?
Kata laluan terakhir diubah menunjukkan jumlah hari terakhir anda menukar kata laluan anda. Sekiranya anda tidak pernah menukar kata laluan anda, jumlah hari dikira dari hari anda mendaftar untuk AmOnline.
Sekiranya anda melihat kata laluan terakhir anda diubah lebih dari 90 hari, kami menasihatkan anda untuk menukar kata laluan anda untuk menjadikan perbankan dalam talian anda lebih selamat.
Saya mempunyai kad debit dan pinjaman / pembiayaan dengan AmBank. Bolehkah saya menggunakan pinjaman / pembiayaan untuk mendapatkan nama pengguna AmOnline saya?
Tidak, anda mesti menggunakan kad debit anda untuk tujuan ini. Kad debit mempunyai kawalan keselamatan yang lebih baik terhadap akaun AmOnline anda.
Saya menghadapi masalah untuk log masuk, apakah yang harus saya lakukan?
Pertamanya, anda boleh memeriksa tetapan dan sambungan internet komputer anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di 03-2178 8888 untuk mendapatkan bantuan.
Nombor telefon yang didaftarkan ke akaun bank tidak digunakan lagi. Bagaimana saya ingin mengemaskini nombor telefon saya?
Sila hadirkan diri anda ke cawangan Ambank yang terdekat atau hubungi pusat panggilan kami untuk mengemaskini nombor telefon anda.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: 03-2178 8888
- Emel: [email protected]