CARA DAFTAR & GUNA PBTPay(Semak & Bayar Cukai Taksiran/Lesen/Kompaun Online)
Sekiranya anda ingin membuat pembayaran Cukai Taksiran, Lesen Dan Kompaun Secara Online, terkini anda boleh membuat pembayara dengan hanya perlu melayari laman rasmi PBTPay.
Sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya mendaftarkan akaun terlebih dahulu, tetapi bagaimana cara daftar & guna PBT Pay? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PBTPay
PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perkhidmatan ini membolehkan orang ramai membuat pelbagai jenis bayaran seperti cukai, sewaan, kompaun dan lesen (mengikut kesediaan PBT) secara atas talian.
CARA DAFTAR PBTPay
Berikut adalah dikongsikan cara untuk mendaftar PBT Pay bagi pengguna kali pertama:
- Layari pautan daftar PBT Pay: https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signup
- Pada borang permohonan baru, isikan butiran diperlukan seprti:
- Nama Penuh
- Kad Pengenalan
- E-mel, No
- Nombor telefon
- Kata Laluan
- Setelah lengkap semuanya, Tick pada kotak “Saya setuju dengan Terma & Syarat” dan tekan butang “Daftar”.
- Anda akan dibawa ke halaman paparan bagi “Aktifkan Akuan Baru”.
- Masukkan “No. PIN” yang telah dihantar ke e-mel anda dan klik butang “Hantar”.
- Anda akan dibawah ke Paparan utama PBT Pay
- Selesai, pendaftaran anda telah berjaya.
NOTA: Sekiranya kod tidak dihantar klik pada “Hantar semula Kod Pengaktifan”
CARA GUNA PBT Pay
Pembayaran Bil
Setelah berjaya mendaftarkan akaun, anda boleh teruskan proses pembayaran bil anda melalui sistem PBT Pay. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signin
- Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda
- Pilih bil yang ingin dibayar dengan klik pada kotak “Tertunggak” dan klik butang “Bayar” untuk proses pembayaran.
- Masukkan Nama, Emel dan tekan butang “Pay via FPX”. Sekiranya ingin batalkan bayaran klik butang “Batalkan Pembayaran”.
- Pilih bank dengan klik “Select Bank”. Klik pada butang “Proceed” untuk proses seterusnya.
- Teruskan dengan proses pembayaran sehingga selesai.
- Semak maklumat pembayaran pada skrin “Rekod Bayaran”
NOTA: Pengguna diingatkan supaya tidak menutup browser/skrin pembayaran sehingga pembayaran selesai dibuat dan sehingga pengguna di bawa semula ke skrin pbt pay bagi mengelakkan kegagalan pembayaran berkenaan.
Semakan Bil
Anda juga boleh membuat semakan Bil anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak_advance
- Tandakan pada jenis semakan and inginkan seperti:
- Cukai Taksiran
- Kompaun
- Sewaan
- Pelbagai
- Masukkan kawasan PBT anda dan juga No akaun.
- Tick pada terma dan syarat kemudian tekan Semak
- Paparan bagi “Semakan Bil Terperinci” akan terpapar.
- Sekiranya anda mempunyai bayaran yang perlu dijelaskan. Klik butang “Log Masuk” untuk proses pembayaran.
- Selesai
ARTIKEL LAIN
BAYAR CUKAI TANAH ONLINE (Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)
Pijam duit