DAFTAR KAD VETERAN ATM (Semak Status Permohonan)

BAGAIMANAKAH CARA BUAT PERMOHONAN KAD VETERAN ATM?

Anda merupakan veteran ATM?tetapi belum mempunyai Kad Veteran ATM.Berikut adalah cara daftar kad Veteran ATM

SIAPAKAH VETERAN ATM?

Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM.

KAD VETERAN ATM

Kad Veteran ATM (KV) merupakan kad pengesahan Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan.

Mulai 1 Apr 2016 Kad Veteran ATM (KV) dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM.

Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM.

Kelayakan Wad

Kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan.

SIAPA YANG BOLEH  MOHON KAD VETERAN ATM?

Anda layak jika anda adalah seorang Veteran ATM ataupun Orang Tanggungan kepada Veteran.

Anda tidak layak bergelar memegang KV jika anda diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera.

CARA DAFTAR KAD VETERAN ATM

Berikut adalah step by step  untuk daftar Kad Veteran ATM(KV)

  1. Permohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;
  2. Borang Pendaftaran Veteran ATM
  3. Muat Turun Borang Pendaftaran Veteran ATM https://www.jhev.gov.my/tentang-jabatan/info/muat-turun-borang/category/5-pencen?download=25:borang-pendaftaran-maklumat-veteran
  4. Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
  5. Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
  6. 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan ntentera di belakang gambar.
  7. Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.

Baca tentang CARA ELAK ANAK KETAGIH TELEFON PINTAR

MACAM MANA NAK SEMAK DAFTAR PERMOHONAN KAD VETERAN ATM?

Semak permohonan KV anda di laman web Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM http://kvatm.jhev.gov.my/kvatm/SemakKBT.asp

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK ATM(Permohonan Borang Lokasi Rumah SASAR)

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT(Permohonan Online)

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) VETERAN TIDAK BERPENCEN RM300 SEBULAN

Share your love

11 Comments

  1. saya nor zam zulaeffa binti zakaria nak memohon bantuan mykapital. saya nk buat bisnin online. sebab saya memohon kerana suami dan saya sekarang ni tiada perkerjaan disebabkan masalah covic.saya mempunyak tiga orang anak..saya berharap bantuan ini boleh membantu keluarga kami

  2. selamat pagi saya nak tanya.saya dah lama belon dapat kad veteren bagaimana saya nak dapat kan kad veteren ATM yang tidak berpencen

  3. Kad pesara belum dapat dah nk masuk 4tahun,kata haritu hbs stock nnti akan dikirimkn keAlamat kg, sehingga kini tkde,lepastu maklumat persaraan Sy,semasa sy check online, tidak lengkap.. mcmna perkara tu boleh berlaku, sedangkan segala maklumat anggota semasa mnguruskan persaraan sudah lengkap.mnyusahkn anggota pesara apabila ada urusan yg melibatkn maklumat persaraan.kena Pula..sy ni dekat sabah lpstu dgn pandemik mcm gini .tolonglh lengkapkn..bnda tu amat penting untuk golongan pesara tk Kira yg berpencen atau tak.

  4. Salam. Saya hantar permohonan kad veteran sendiri ke kaunter JHEV Kuala Lumpur pada 11/11/2021 , tetapi sampai sekarang jawapan “Tiada permohonan direkodkan”. Bila saya semak online. Adakah ini normal?

  5. salam..sy nk tnya klau kta daftar untuk kad veteran nie lme ke kna tgu..untuk dptkan kad tersebut..sbb sy tgu lma sgt nie..tpi xde respon pun dri jhef cawangan alor setar..
    sy cal bribu kali da..tpi xpnah diankat..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *