CARA DAFTAR MyBAYAR MyFORM(Perkhidmatan pembayaran & Serahan Borang online Kerajaan)
Kepada rakyat Malaysia yang ingin membayar pelbagai jenis bil dalam satu transaksi, di samping melihat amaun bil/penyata secara online tanpa menunggu bil/penyata fizikal dari agensi berkaitan, anda sekarang boleh menggunakan portal MyBayar.Bagaimana cara daftar MyBayar MyForm? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu
APA ITU MyBayar MyForm
MyBayar adalah pusat perkhidmatan pembayaran online Kerajaan, manakala MyForms adalah gerbang serahan borang online Kerajaan.
CARA DAFTAR PORTAL MYBAYAR
Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan MyBayar, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut merupakan cara daftar:
- Layari pautan portal MyBayar: https://mybayar.gov.my/ms/Registration/frmLogin.aspx
- Pada paparan utama, sila klik daftar di sini.
- Isikan Maklumat Pendaftaran Butiran Akaun:
- Alamat E-mel (ID Pengguna)
- Kad pengenalan
- Kata Laluan
- Pengesahan Kata Laluan:
- Nama penuh
- Soalan keselamatan (sila pilih soalan keselamatan, isikan jawapan anda)
- Masukkan perkataan yang ditunjukkan pada gambar paparan dan Klik Hantar.
- Sila semak mesej di email yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun. Klik pada pautan yang diberikan.
CARA LOGIN PORTAL MYBAYAR
Setelah anda berjaya daftar seperti di atas, berikut adalah cara login MyBayar:
- Layari pautan portal MyBayar: https://mybayar.gov.my/ms/Registration/frmLogin.aspx
- Pada paparan utama, sila klik pada tanda ‘X’.
- Masukkan User ID anda (email anda)
- Masukkan kata laluan anda
- Tekan Login
- Anda telah berjaya Log Masuk MyBayar
CARA SET SEMULA KATA LALUAN(CARA DAFTAR MyBayar MyForm)
- Layari pautan portal MyBayar: https://mybayar.gov.my/ms/Registration/frmLogin.aspx
- Pada paparan utama, sila klik pada tanda ‘X’.
- Seterusnya klik pada Lupa Kata Lalaun
- Masukkan User ID anda(email anda)
- Tekan hantar
- Jawab soalan keselamatan (semasa anda guna untuk proses pendaftaran)
- Masukkan perkataan yang ditunjukkan pada gambar paparan dan Klik Hantar.
- Anda akan menerima kata laluan sementara di email anda
- Log masuk menggunakan email sementara tersebut dan ciptakan kata laluan anda inginkan
PERKHIDMATAN PORTAL MYBAYAR
Setelah anda berjaya log masuk my bayar, berikut adalah perkhidmatan yang ada dalam portal MyBayar:
- MyBayar
- Pendaftaran Perkhidmatan Bayaran
- Senarai Bil Didaftar
- Lihat / Bayar Bil
- Semak / Cetak rekod Pembayaran
- MyForm
- Pendaftaran Perkhdimatan
- Lengkapkan / Hantar Borang
- Semak Rekod Permohonan
SOALAN LAZIM CARA DAFTAR MyBayar MyForm
Apakah faedah dan kelebihan perkhidmatan myBayar?
Melalui myBayar, pengguna boleh membayar pelbagai jenis bil dalam satu transaksi, di samping melihat amaun bil/penyata secara online tanpa menunggu bil/penyata fizikal dari agensi berkaitan.
Apakah kaedah pembayaran yang digunakan di dalam perkhidmatan myBayar?
Pengguna boleh menggunakan kaedah debit terus dari Akaun Individu (B2C), Akaun Perniagaan (B2B) dan Kredit Kad bergantung kepada polisi yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi penyedia perkhidmatan.
Adakah cetakan resit daripada Portal myBayar ini diterima pakai sebagai resit rasmi?
Ya, resit dari Portal myBayar telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia iaitu resit ini boleh digunakan di dalam sebarang urusan rasmi.
Berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna bagi transaksi bayaran yang dibuat melalui FPX dan kad kredit?
Caj transaksi adalah seperti di bawah:
- B2C = RM0.53,
- B2B = RM1.06,
- Kad Kredit = RM1.91%
Caj ini hanya dikenakan bagi perkhidmatan bersifat bukan hasil kepada Kerajaan contoh seperti bayaran balik pinjaman dan bayaran zakat. Manakala bagi kutipan hasil kepada Kerajaan seperti bil utiliti dan cukai taksiran, tiada caj yang dikenakan kepada pengguna.
ARTIKEL LAIN
BAYAR CUKAI TANAH ONLINE 2021 (Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)
CARA BAYAR BIL AIR ONLINE (MAYBANK2U CIMB CLICKS MYBSN BANK ISLAM JOMPAY)