CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar Terima Duit)

CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)

Paypal merupakan salah satu cara yang popular dan dipercayai dalam menghantar dan menerima duit secara online. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Paypal, tetapi tidak tahu cara yang betul untuk membuka cara daftar akaun Paypal? Kami sediakan artikel ini sebagai panduan.

APA ITU PAYPAL

Paypal adalah servis perbankan online. Sebagai salah satu platform dalam perbankan internet yang sudah lama, Paypal menjadi salah satu perantaian yang sangat popular dan menerima perbagai transaksi dari pelbagai merchant. Anda boleh menghantar dan menerima duit dari pengguna Paypal, kad kredit, kad debit dan lain-lain.

CARA DAFTAR PAYPAL

  1. Layari laman rasmi portal Paypal https://paypal.com
  2. Pada laman tersebut, tekan butang Sign Up Now yang tertera.
  3. Pada laman seterusnya, pilih sama ada akaun anda tersebut ialah akaun peribadi atau akaun bisnes. Kemudian, tekan butang Next.
  4. Kemudian, terdapat ruangan yang tertulis I’m an….. Pilih status anda ialah pembeli barangan secara online (Individual shopper), atau Individual seller/freelancer, atau kedua-duanya. Sekiranya anda tidak pasti, pilih I’m not sure.
  5. Kemudian lengkapkan butiran seperti yang diminta :
  • Email Address
  • Mobile Number
  • Given Name, Middle Name, Surname
  • Create your password
  • Confirm your password
  1. Pergi ke bahagian bawah, dan semak bendera yang tertera. Pastikan bendera yang tertera ialah bendera kewarganegaraan anda.
  2. Kemudian, tekan butang Next.
  3. Pada laman seterusnya, terdapat bahagian Confirm your number. Anda akan menerima SMS daripada Paypal yang mengandungi kod enam digit. Masukkan kod tersebut di ruangan yang disediakan. Sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, tekan link Send code again.
  4. Pada paparan Add your address, lengkapkan butiran :
  • Nationality
  • Identification Type (masukkan no kad pengenalan/passport)
  • Alamat Penuh
  • Tarikh Lahir
  1. Pada kenyataan Activate One Touch, pilih sama ada anda ingin menggunakan perkhidmatan One Touch atau tidak. One Touch membolehkan anda untuk terus menggunakan akaun Paypal anda pada bila-bila masa setiap kali anda ingin membuat pembelian secara online, di mana akaun Paypal anda tidak akan terkeluar atau log out secara automatik. Jadi, anda tidak perlu memasukkan password anda setiap kali ingin mula membuat pembayaran. Sekiranya anda ingin gunakan perkhidmatan ini, tick pada kenyataan tersebut.
  2. Kemudian, tekan User Agreement dan Privacy Statement untuk membaca terma dan persetujuan anda sebagai pengguna Paypal terhadap polisi dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Paypal. Sekiranya anda bersetuju, tick pada kenyataan tersebut.
  3. Seterusya, tekan butang Agree and Create Account.
  4. Akaun Paypal anda berjaya didaftar.

HANTAR & TERIMA DUIT PAYPAL GUNA KAD DEBIT/KREDIT

Pertama sekali, sila ikuti panduan untuk daftar akaun Paypal Malaysia seperti di atas terlebih dahulu. Selepas itu, jika anda mahu terima atau hantar duit, boleh gunakan kad debit atau kad kredit.

Antara bank yang popular ialah:

  • Maybank
  • CIMB
  • Bank Islam

SOALAN LAZIM

Adakah PayPal Malaysia selamat?

Maklumat sulit anda seperti 16-digit nombor kad bank/kredit, CVV dan tarikh tamat tempoh kad adalah selamat daripada digodam. PayPal juga mempunyai plan perlindungan PayPal, jadi ianya sangat selamat. Adalah dinasihatkan anda tidak mmengaktifkan butang Activate One Touch saranan daripada pihak bank.

Bagaimanakah saya ingin membuat aduan kepada PayPal Malaysia untuk bayaran balik?

Sebaiknya, anda harus membuat aduan dalam masa 180 hari dari tarikh transaksi. Ikuti langkah ini :

  1. Log masuk ke PayPal dan pergi ke Resolution Center
  2. Klik pada Report a problem
  3. Pilih transaksi ID yang ingin anda batalkan dan tekan continue.
  4. Pilih sebab kenapa / issue type.
  5. Ikuti langkah dipaparkan untuk melengkapkan proses pembatalan.

Berapa lamakah masa diambil untuk tranfer duit PayPal ke akaun bank dan debit kad?

Jika pindah masuk duit daripada PayPal ke akaun bank biasanya memerlukan masa sehingga 2-3 hari bekerja manakala untuk pindah masuk ke debit kad pula dalam masa 7 hari bekerja.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda inginkan penjelasan lebih lanjut, boleh terus ke Help Center PayPal

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *