CARA PAJAK GADAI EMAS Di Ar-Rahnu Bank Rakyat

BAGAIMANAKAH CARA PAJAK & GADAI EMAS DI AR-RAHNU?

Kepada yang ingin berurusan pajak gadai emas di Ar-Rahnu Bank rakyat, mesti ingin mengetahui bagaimana caranya di masa pendemik ini. Disini kami kongsikan cara membuat temujanji pajak gadai emas di Ar-Rahnu Bank Rakyak, semoga membantu.

APA ITU AR-RAHNU

Ar-Rahnu atau pajak gadai islam adalah pilihan yang terbaik pada masa kini memandangkan ianya adalah berdasarkan pajak gadai cara islam dan patuh syariah. Malah ia bukan sahaja menjadi pilihan umat islam di negara malah kaum lain yang berlainan agama juga memilih untuk menggadaikan emas mereka di Ar-Rahnu.

Kelebihan membuat pajak gadai emas di Ar-Rahnu Bank Rakyat adalah:

  • Bebas dari unsur riba’. Ini adalah sangat penting bagi yang beragama islam
  • Tiada yuran proses
  • Kadar upah simpan dikira secara harian, ianya jauh lebih murah daripada gadaian yang lain
  • Tempoh gadaian yang lama
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful
  • Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas

SYARAT KELAYAKAN

Untuk membuat pajak gadai emas di Ar-Rahnu Bank Rakyat, berikut adalah merupakan syarat kelayakan:

  1. Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  2. Pemastautin tetap
  3. Tidak muflis
  4. Berumur 18 tahun ke atas

SYARAT BARANG GADAIAN

Pastikan adan memenuhi syarat dan kriteria seperti berikut untuk mengadaikan barang emas anda:

  1. Semua barangan kemas atau emas akan diterima kecuali barang gadaian yang berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup seperti haiwan dan manusia
  2. Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas adalah diterima dengan syarat mempunyai resit pembelian atau sijil ketulenan yang sah. Tanpa kedua dokumen ini emas anda tidak akan diterima
    1. Barangan emas yang dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan adalah diterima dengan syarat:
    2. Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan yang berkaitan
    3. Mutu emas adalah di antara 22 hingga 24 karat
    4. Berat emastidak melebihi 300 gram

CARA MEMBUAT TEMUJANJI DI BANK RAKYAT(CARA PAJAK GADAI EMAS)

Kepada anda yang ingin membuat janji temu dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my ata https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik janji temu baharu
    1. Pilih negerianda berada
    2. Pilih jenis perkhidmatan: Ar-Rahnu
    3. Pilih Perkhidmatan anda ingin: Gadaian
    4. Masukkan kuantiti emas yang anda ingin gadaikan
  3. Pilih cawangan
    1. Pilih cawangan yang berhampiran dengan anda
    2. Pilih tarikh & masa
  4. Informasi anda
    1. Isi maklumat peribadi dengan lengkap pada ruangan yang disediakan
  5. Pengesahan
    1. Sahkan maklumat
  6. Kemukakan bukti pengesahan janji temu atau nombor tempahan ketika hadir berurusan di cawangan (SMS atau e-mel yang diterima oleh pelanggan)

SEMAKAN JANJI TEMU BANK RAKYAT(Cara Pajak Gadai Emas)

Sekiranya anda telah membuat temujanji, berikut adalah cara semakan tempahan janji temu:

  1. Layari www.bankrakyat.com.my atau akses terus melalui https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik semak janji temu
  3. Masukkan nombor tempahan Janji Temu (Booking Reference Number)
  4. Klik search
  5. Informasi tempahan Janji Temu dipaparkan

SOALAN LAZIM

Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan melalui Janji Temu Elektronik

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam Janji Temu Elektronik (eAppointment) Pajak Gadai-i

adalah seperti berikut:

  • Gadaian
  • Tebus gadai/Overlap

Bilakah saya boleh membuat janji temu Bank Rakyat?

Pelanggan perlulah membuat permohonan sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum tarikh janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Siapakah yang boleh membuat janji temu?

  • Pelanggan sedia ada Bank Rakyat
  • Pelanggan baharu Bank Rakyat

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahu maklumat lanjut mengenai Janji Temu Elektronik (eAppointment) Bank Rakyat, anda boleh :

  • Hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454.
  • Media sosial Bank Rakyat (Instagram, Facebook dan Twitter).
  • FAQ Janji Temu Elektronik (https://www.bankrakyat.com.my/index.php?rp=faq_eappointment_arrahnu)

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)

SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT:TARIKH BAYARAN SAHAM

Share your love

8 Comments

  1. saya dah letak emas kat krdai pajak lama
    sekarang lama redy tak tukar .tarikh luput. boleh ke saya pindah letak balik kat ar rahnu bank klang

  2. slm…bole sya bertanya..cara gdaian,sya ade brg kemas lbih kurang 140gram..sekiranya sya gdai ..bole bayar bln2 dan berapa nilai gadaian yg sya dpt..01126747076

  3. Salam..sy nk tye..sy pernah pajak emas di ah rahnu.benda ni dah lama.adalah benda ni masih boleh di bayar atau burn
    Terima kasih

  4. Asskumlalaikum..cik…
    Nak tanya ..berapakah harga emas 916…rantai leher..kalu di pajak…dan berapekah bayar bila nak ditebus balik,.dalam masa yg dijangka oleh bank…t.kasih cik

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *