CARA RENEW MEMBER KAD ( AEON/PADINI/SOGO/PLUSONE)
Perasan tak kalau kita pergi mana-mana kedai atau pasaraya, ketika di kaunter pembayaran, cashier akan tanya Ada Members kad?. Kalau ada anda boleh berikan kad kepada cashier untuk di scan dan anda akan dapat point atau diskaun.Tetapi member kad anda seharusnya mempunyai tempoh penamatan tertentu dan anda dikehendaki untuk memperbaharuinya. Bagaimana cara untuk memperbaharui member kad? Disini kami kongsikan cara renew member kad Aeon, Padini, Sogo dan Plusone.
CARA RENEW MEMBERKAD AEON
Sekiranya anda mempunya member kad Aeon, berikut adalah cara memperbaharuinya:
- Lawati perkhidmatan pelanggan di pasar raya atau gedung membeli-belah AEON berhampiran anda.
- Lengkapkan borang pembaharuan untuk dua atau tiga tahun keahlian.
- Bayar yuran keahlian RM24.00(setahun) atau 36.00(dua tahun).
- Selesai, nikmati belanja istimewa, potongan harga istimewa, atau promosi eksklusif di kedai AEON.
CARA RENEW MEMBER KAD PADINI
Sekiranya anda mempunya member kad Padini, berikut adalah cara memperbaharuinya:
- Melalui cawangan
- Lawati cawangan Padini berhampiran anda.
- Lengkapkan borang pembaharuan keahlian.
- Bayar yuran keahlian RM8.00 akan dikenakan(setahun).
- Selesai, nikmati belanja istimewa, potongan harga istimewa, atau promosi eksklusif di Padini
- Melalui website
- Layari website Padini: pmc.padini.com
- Log masuk akaun anda
- Seterusnya pilih pada bahagian pembaharuan member kad anda
- Ikuti proses pembayaran online sehingga selesai.
CARA RENEW MEMBER KADSOGO
Sekiranya anda mempunya member kad Sogo, berikut adalah cara memperbaharuinya:
- Melalui cawangan
- Lawati perkhidmatan pelanggan Sogo berhampiran anda.
- Maklum kepada pegawai khdimat pelanggan tersebut yang anda ingin memperbaharui member Kad Sogo anda.
- Anda dikehendaki membayar yuran keahlian tersebut
- Melalui Website
- Layari web rasmi Sogo: https://scard.sogo.com.my
- Log masuk akaun anda
- Seterusnya pilih pada bahagian pembaharuan member kad anda
- Ikuti proses pembayaran online sehingga selesai.
CARA RENEW MEMBER KAD PLUSONE
Sekiranya anda mempunyai member kad Plusone, berikut adalah cara memperbaharuinya:
- Melalui cawangan
- Lawati perkhidmatan pelanggan SengHeng berhampiran anda.
- Maklum kepada pegawai khdimat pelanggan tersebut yang anda ingin memperbaharui member Kad plusone anda.
- Anda dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM12
- Melalui Website
- Layari web rasmi SengHeng: https://www.senheng.com.my/plusone-benefit-chart
- Log masuk akaun anda
- Seterusnya pilih pada bahagian pembaharuan member kad anda
- Ikuti proses pembayaran online sehingga selesai.
ARTIKEL LAIN
CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO /PLUSMILES
CARA DAFTAR GUNA SETEL PETRONAS(Claim & Tebus Ganjaran Hebat Bila Isi Minyak)