BAGAIMANAKAH CARA RENEW PASSPORT ONLINE 2024(MYONLINE PASPORT)
Sebelum anda pergi ke luar negara, penting untuk anda pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik. kini anda boleh renew pasport secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara renew passport online, semoga membantu.
Baca juga myIMMs
APA ITU MYONLINE PASSPORT
MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
TIADA LAGI WALK-IN BAGI URUSAN RENEW PASSPORT
Bermula 11 Mei 2022 operasi pembaharuan Passport (PMA) adalah melalui online sahaja kecuali bagi permohonan kali pertama, warga emas, OKU, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, kes hilang dan rosak sahaja.
TEMPOH PENGELUARAN PASSPORT
Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
KADAR BAYARAN RENEW PASSPORT ONLINE
- Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
- Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
TEMPOH SAH LAKU PASSPORT
Tempoh sah laku Passport adalah LIMA(5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.
CARA RENEW PASSPORT MALAYSIA SECARA ONLINE
Untuk pengetahuan anda, MyOnline Pasport telah diperkenalkan kepada warganegara Malaysia bagi membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia hanya melalui online dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX). Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:
- Layari pautan MyOnline Passport
- ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
- Lengkapkan borang permohonan yang disediakan. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.
- MUAT NAIK GAMBAR
- Anda dikehendaki untuk memuat naik foto bersaiz pasport. Pastikan foto yang diambil memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
- Background putih, Pakaian warna gelap. Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung colour gelap
- PILIH CAWANGAN PENGAMBILAN PASPORT
- Anda perlu memilih pejabat imigresen di mana anda ingin mengambil Passport baru anda. Pastikan anda memilih pejabat yang paling dekat dan mudah diakses untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
- UPLOAD GAMBAR
- Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
- Background wajib colour putih
- Pakaian warna gelap
- Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung colour gelap
- Upload softcopy
- BUAT BAYARAN
- Bayaran permohonan menggunakan kad kredit atau debit.
- SIMPAN RESIT
- Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.
- Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal.
- Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.
- PENGAMBILAN PASPORT DI KAUNTER
- Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan diberikan tarikh dan waktu untuk mengambil Passport baru anda dari pejabat imigresen yang dipilih.
- Pada hari pengambilan, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti Passport lama, kad pengenalan (IC), dan resit pembayaran.
- Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu hadir bersama seorang penjaga untuk mengambil pasport.
NOTA: Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
Baca juga MYTRAVELPASS
PERMOHONAN PASSPORT SECARA WALK-IN
- Kepada rakyat Malaysia yang ingin memohon Pasport mereka boleh berbuat demikian secara ‘walk in’ Selepas 9 Mei
- Walaubagaimanapun, walk-in hanya untuk bagi urusan:
- Permohonan kali pertama
- Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
- Pasport hilang atau rosak
- Warga Emas (60 tahun ke atas)
- OKU
- Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
- Jemaah Haji
- Pemansuhan STO ini disebabkan permohonan PMA yang tinggi dan berlaku kesesakan dalam Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen di beberapa pejabat pengeluar pasport di seluruh negara sejak pembukaan sempadan pada April lalu.
- Pemansuhan STO bermula pada 16 Mei ini. Bagi pemohon yang sudah menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei tidak perlu lagi mematuhi tarikh yang diberikan itu.
- Bagaimanapun, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan yang dibuat dalam talian dan hanya pemohon yang sudah menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan
KADAR HARGA RENEW PASSPORT
Berikut adalah merupakan kadar harga renew passport Malaysia terkini:
PEMOHON | HARGA / BAYARAN |
Permohonan Biasa 13 tahun hingga 59 tahun | RM200 |
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) | RM100 |
Kanak Kanak (12 Tahun Dan Ke Bawah) | RM100 |
Pelajar Mengikuti Program Ijazah Di Luar Negara Di Bawah 21 Tahun | RM100 |
Jemaah Haji | RM100 |
Orang Kurang Upaya (OKU) | Gratis / Percuma |
WAKTU OPERASI PEJABAT PENGELUAR PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA
Waktu operasi permohonan pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) akan berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2022 seperti berikut:
- Pejabat Passport Negeri dan Cawangan
- Semua negeri dan cawangan:
- Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 7.00 petang
- Sabtu: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
- Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
- Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Semua negeri dan cawangan:
- Pejabat UTC
- UTC di semua negeri
- Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 9.00 malam
- Hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
- Hari bekerja dan hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- UTC di semua negeri
PERMASALAHAN BERKAITAN CARA RENEW PASSPORT ONLINE
- Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.
- Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.
- Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej ‘Sila Rujuk Pejabat Imigresen’, bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :
- Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.
- Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web ‘MyOnline*Pasport’.
- Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.
MAKLUMAT LANJUT CARA RENEW PASSPORT ONLINE
Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.imi.gov.my/ Dan hubungi 03-8000 8000 (MyGCC)
aPA PERLU SAYA BUAT SEKIRANYA PASSPORT LAMA TIADA?
DAH 2 MINGGU SAYA BUAT ON LINE RENEWAL PASSPORT SAMPAI SEKARANG TAK RECEIVED EMAIL DARI IMMIGRESTION