CARA SIMPAN DUIT ASB ONLINE (Guna Portal MyASBN)
Dahulu urusniaga ASB hanya boleh dilakukan di kaunter berdaftar sahaja, samada di pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASB berhampiran. Terkini kita boleh transfer sahaja duit dari bank masuk ke ASB kita tanpa pergi ke bank dan beratur, Hanya perlu guna Portal MyASNB.Bagaimana cara untuk simpan duit ASB online guna MyASNB? Di sini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PORTAL MyASNB
Portal MyASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Nota: Tiada caj tambahan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun. yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, jika ada.
CARA DAFTAR MyASNB ONLINE
Sebelum anda ingin tranfer duit ke ASB anda, anda harus terlebih dahulu daftar MyASBN. Pastikan anda kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB terlebih dahulu.
Berikut adalah cara daftar MyASBN:
- Layari portai daftar masuk MyASBN: https://www.myasnb.com.my/
- Klik pada DAFTAR DI SINI, klik Teruskan
- Baca TERMA & SYARAT, kemudian tick dan tekan Setuju.
- Pada ruangan MAKLUMAT ASAS, isikan pada ruangan butiran yang perlu, tekan Seterusnya
- Klik pada PERMINTAAN TAC. Masukkan no TAC yang anda terima, klik Seterusnya
- Di bahagian PENDAFATRAN AKAUN, lengkapkan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai tekan TAMAT
- Pendaftaran selesai, anda akan terima KATA LALUAN SEMENTARA untuk login kali pertama
CARA LOGIN MyASBN
Setelah pendafatran anda selesai, anda akan terima Kata Laluan Sementara (bagi pengguna kali pertama). Berikut adalah cara Login MyASBN:
- Layari portai daftar masuk MyASBN: https://www.myasnb.com.my/
- Klik pada LOG MASUK
- Masukkan ID PENGGUNA anda, klik teruskan
- FRASA anda akan terpapar, kemudian masukkan Kata Laluan Sementara tadi, klik teruskan
- Kemudian anda diminta untuk menukar Kata Lalaun Sementera kepada KATA LALUAN yang anda inginkan
- Anda telah berjaya LOGIN portal MyASBN anda.
CARA SIMPAN DUIT ASB ONLINE
Setelah berjaya proses pendaftaran MyASBN anda, berikut adalah cara simpan duit ke akaun ASB anda secara online:
- Log Masuk akaun MyASBN anda
- Pada menu utama, klik PORTFOLIO
- Pilih menu UNIT AMANAH dan pilih PELABURAN TAMBAHAN
- Pada Pengisytiharan PEP, tick pada TIDAK dan klik Seterusnnya
- Baca TERMA & SYARAT,tick pada kotak. Klik seterusnya
- Masukkan JUMLAH yang anda ingin tranfer ke akaun ASB anda, klik seterusnya
- Pop up pengumuman akan terpapar, klik Teruskan
- Pilih AKAUN BANK anda inginkan, kemudian klik Proceed To Pay
- Kemudian laman AKAUN BANK anda akan terpapar, uruskan proses perbankan.
- Transaksi anda telah selesai.
- Anda boleh melihat rekod urusniaga dan boleh memuat turun resit sebagai rekod
- Setiap pelaburan tambahan akan dikreditkan terus ke akaun ASNB anda dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan
SOALAN LAZIM
Mengapa harus menggunakan MyASNB Portal?
Portal MyASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Apakah kemudahan yang disediakan menerusi myASNB?
- Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
- Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
- Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
- Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
- Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
- Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
Bagaimana untuk mula melabur dalam unit amanah ASNB?
Anda boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun. Dokumen yang perlu dibawa ialah:
- 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
- Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Nota: Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi ASB https://www.asnb.com.my/asnbv2_0index.php atau:
- Hubungi Khidmat Pelanggan: 03-7730 8899
- Emel: [email protected]
ARTIKEL LAIN
REGISTER LOGIN MyASNB :SEMAKAN PENYATA AKAUN ASB ONLINE
CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)
I discovered your blog site on google and check a few of your early posts. Continue to keep up the very good operate. I just additional up your RSS feed to my MSN News Reader. Seeking forward to reading more from you later on!?