CARA TRANSFER PUBLIC BANK (Guna IBG /Instant /DuitNow)

CARA TRANSFER PUBLIC BANK (Guna IBG /Instant /DuitNow)

Sekiranya anda pelanggan kepada Public Bank, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara  transfer duit menggunakan perbankan internet Public Bank yang dikenali sebagai PbeBank. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan, semoga membantu.

APA ITU IBG TRANSFER, INSTANT TRANSFER & DUITNOW TRANSFER

Untuk melakukan transaksi pindahan wang menggunakan Pbe Bank, terdapat 3 kaedah iaitu:

  1. IBG Transfer
    • Sistem pembayaran pindahan wang/dana secara elektronik yang membenarkan pindahan wang antara dua institusi kewangan yang terdapat di Malaysia.
    • IBG Tranfer ini akan mengambil masa, minimum selama beberapa jam dan mungkin lebih lama, bergantung dengan waktu dan hari anda melakukan pindahan wang anda.
    • Caj transaksi Interbank GIRO adalah lebih murah.
    • Transaksi ini boleh dilakukan di mesin ATM, di kaunter atau melalui online banking.
  2. Instant Transfer
    • Instant Transfer merupakan proses transfer rekening antara bank yang dilakukan serta merta (Real Time). Duit masuk dalam akaun penerima secara langsung. Bank akan caj dalam 50 sen – RM2 bergantung kepada setiap bank.
  3. DuitNow Transfer
    • DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan baru yang ingin memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang – dan tidak terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.

CARA TRANSFER PUBLIC BANK

Berikut adalah merupakan cara pindahan wang secara online menggunakan Pbe Bank:

  1. Layari pautan Pbe Bank: https://www.pbebank.com/
  2. Log masuk akaun Pbe Bank anda mengunakan User ID dan Kata Laluan anda. Sekiaranya anda belum daftar dengan Pbe Bank, boleh rujuk panduan daftar DI SINI (Mey Link daftar PBE bank)
  3. Pada paparan utama, klik pada Fund Tranfer. Terdapat beberapa pilihan tranfer yang ada iaitu:
    • DuitNow
    • PB Account
    • Other Bank Account
  4. Bagi pindahan wang sesama Public Bank, anda boleh pilih pada PB Account.
  5. Sekiranya anda ingin pindahkan wang ke akaun lain, anda boleh klik pada DuitNow ataupun Other Bank Account.
  6. Sekiranya anda pilih Other Bank Account, terdapat 3 pilihan iaitu:
    • DuitNow Tranfer – pindahan segera
    • Interbank Giro (IBG)
    • Rentas
  7. Kemudian anda dikehendaki pilih sama ada:
    • To Favourite Account – sekiranya anda telah setkan
    • To Other Account – sekiranya ingin tranfer ke akaun lain
  8. Sekiranya anda klik Other Account, anda dikehendaki mengisi:
    • Bank penerima (pelbagai Bank)
    • No Akaun penerima
    • Jenis akaun penerima (semasa/simpanan)
    • Masukkan Rujukan Penerima
    • Masukkan maklumat berkenaan pindahan
    • Masukkan Jumlah pindahan wang anda inginkan
  9. Setelah lengkap semuanya, tick pada kotak pengesahan dan kemudian klik pada Accept
  10. Sahkan kembali maklumat penerima dan jumlah pindahan, sekrianya betul klik pada Request PAC Now
  11. Masukkan No PAC yang diterima melalui SMS di handphone anda yang didaftarkan dengan Pbe Bank, kemudian klik pada Confirm
  12. Anda telah selsai melakukan pindahan wang public bank.

TEMPOH TRANSFER DUIT BERLAINAN BANK GUNA IBG TRANSFER

Berikut adalah merupakan jadual pindahan wang untuk Interbank GIRO:

Transaksi Dilakukan (IBG Transfer)Wang DiterimaBayaran Balik Sekiranya Transaksi Tidak Berjaya
HariMasaHariMasaHariMasa
Isnin hingga Jumaat (Hari Bekerja)Sebelum jam 5.00 pagiHari yang samaPada jam 11.00 PagiHari Yang samaPada jam 5.00 Petang
5.01 pagi -8.00 pagiPada jam 2.00 petangPada jam 8.20 pagi
8.01 pagi -11.00 pagiPada jam 5.00 petangPada jam 11.00 pagi
11.01 pagi -2.00 petangPada jam 8.20 petangHari Bekerja SeterusnyaPada Jam 11.00 Pagi
2.01 petang -5.00 petangPada jam 11.00 malam
Selepas 5.00 petangHari bekerja seterusnyaPada 11.00 pagiPada jam 5.00 Petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (Hari Tidak Bekerja)Hari bekerja seterusnyaPada 11.00 pagi

Nota: Waktu sebenar wang diterima adalah bergantung kepada Institusi Kewangan / Bank penerima.

 SOALAN LAZIM

Berapa lama tempoh IBG Transfer?

Kami harap, maklumat mengenai IBG Transfer berapa hari yang diterangkan di atas adalah jelas. Jika anda baca betul-betul, sebenarnya tidak sampai sehari pun tempoh masa pindahan.

Sekiranya ingin transfer duit pantas, pilihan mana yang lebih baik?

Pilihan yang terbaik adalah menggunakan Instans Transfer berbanding IBG transfer.

Adakah dikenakan caj jika menngunakan IBG transfer dan Instans Transfer?

YA, ada caj pemprosesan yang akan dikenakan, tetapi caj yang dikenakan bagi IBG tranfer adalah lebih murah berbanding dengan Instabt Tranfer

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)

CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)

CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *