CIDS(Cara Login & Guna Hantar ERPH Online)
APA ITU SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF?
Collaborative Instructional Design System CIDS Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaborasi (CIDS) ataupun CIDS ONLINE : CARA LOGIN ERPH adalah satu sistem yang memberi opsyen kepada guru dalam mereka bentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran semasa.
Guru menyusun strategi pengajaran meliputi pendekatan, kaedah dan aktiviti untuk pelajar menentukan pilihan. Ia bertujuan supaya pelajar lebih berinspirasi melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Ia adalah alat perancangan yang mudah, pantas dan praktikal yang memenuhi ciri-ciri pendidikan hari ini dan masa hadapan sambil mengekalkan ciri-ciri profesionalisme guru dalam prosedur pembelajaran dan pemudahcaraan.
KEKUATAN DAN KEMAMPUAN MODEL INTEGRAL ASIE ( CIDS )
Secara keseluruhannya kekuatan CIDS mampu membantu guru melaksanakan perkara berikut:
- Mereka bentuk dan menyusun strategi pengajaran di peringkat makro dan mikro.
- Item-item yang terdapat dalam sistem ini boleh diubahsuai (customized) mengikut
keperluan, dasar atau amalan institusi masing-masing bergantung kepada kreativiti guru
dan pemilihan mengikut kesesuaian pelajar.
- Menggunakan MIW sebagai bahan rujukan dalam sesi “Lesson Study” program PLC.
- Berkongsi perancangan bersama guru guru lain dalam kalangan ahli komuniti.
- Mencari dan berkongsi perancangan bersama guru-guru lain hingga ke peringkat global.
- Berkolaborasi bersama murid dan pelbagai komuniti untuk berkongsi pengalaman bagi
kepentingan membina perwatakan dan potensi pelajar dalam menentukan masa hadapan
mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan.
Anda boleh membaca atau memuat turun panduan ringkas aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam manual pengguna atau membaca dan mengkaji penerangan lengkap CIDS melalui Buku Panduan CIDS.
CIDS ONLINE : CARA LOGIN ERPH
- Masuk web https://asiemodel.net/ms/
- masukan id yang diberikan oleh penyelaras sekolah
- masukan kata laluan 123456
- kemaskini profile CIDS anda
CARA HANTAR ERPH
- Log in masuk web https://asiemodel.net/ms/
- Masukkan id dan kata laluan
- Tekan pada bahagian butang buka rekod
- Rekod akan dibuka
- Pilih rekod dan minggu yang ingin dihantar
- Klik pada hantar rekod
- Pilih rekod yang ingin dihantar
- Rekod berjaya dihantar
KEMUDAHAN PADA RPH CIDS :
- Boleh sunting, disalin dan dikongsi dan dicetak
- Boleh memuat naik bahan perkongsian (dokumen, video dan pautan)
- Boleh memuat naik bahan refleksi
- Boleh mencari dan menyisip maklumat dari laman sesawang lain untuk menjana
pemikiran pelajar
- Boleh menyimpan dalam format pdf
- Boleh mencetak
- Boleh mencipta beberapa RPH lain untuk semua kelas
- Boleh dibuat pengesahan oleh pentadbir untuk semua guru
PENGAPLIKASIAN CIDS MAMPU MEMBAWA IMPAK SEPERTI BERIKUT:
Impak kepada guru
- Memudahkan guru merancang pengajaran secara lebih sistematik tanpa sempadan
- Mengurangkan bebanan guru dalam proses merancang pengajaran sebab CIDS mengamalkan prinsip perkongsian maklumat
- Membantu guru merancang pengajaran mengikut keperluan persekitaran pembelajaran terkini
- Membantu guru merancang pengajaran terbeza melalui informasi pelbagai profil pelajar
- Memantap dan menambahbaik pengetahuan dan kemahiran guru dan murid dalam menentukan strategi pembelajaran yang berkesan
IMPAK KEPADA PENTADBIR
- Pengetua, guru besar dan pihak pentadbir PPD, JPN dan KPM boleh membantu dan memberi input yang berguna terhadap perancangan guru tanpa sempadan (bila-bila masa dan di mana sahaja) – time effective
- Boleh dijadikan bahan untuk membina kompetensi guru
- Boleh melihat aspek-aspek yang masih perlu dibuat penambahbaikan ke atas guru untuk Latihan Dalam Perkhidmatan
- Mempunyia opsyen kepada pihak penilai jika perlu seperti pihak Nazir untuk mendapat maklumat awal perancangan guru sebelum hadir ke sekolah untuk proses pencerapan
- Mempunyai opsyen bagi membolehkan semua pihak pentadbir sekolah hingga ke peringkat KPPM dan Menteri mengakses perancangan guru untuk tujuan perkongsian dan beramah mesra bersama guru secara maya dengan mudah dan pantas
Anda boleh log masuk sebagai “tetamu” dengan menggunakan maklumat berikut:
Nama Pengguna: asietetamu
Kata Laluan: asietetamu
Dapatkan maklumat lanjut melalui email: CIDS@support team
ARTIKEL LAIN
IQ-NILAM LOGIN : CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE(Guna Akaun Delima)
PDPR DELIMa: LOG MASUK SITE, ID DELIMa , KATA LALUAN & CARA GUNA
Alhamdulillah atas perkongsian ilmu CIDS ONLINE, moga dapat membantu saya menyediakan ERPH. Moga ilmu ini memudahkan penyediaan ERPH saya di tahun 2021 ini. Mohon dihalalkan segala ilmu yang dikongsi dan didownload tersebut. Wassalam.
Kenapa saya punya masih di proses …lama dah tunnggu…dha lha sangat memerlukan