CARA LANGGAN CTOS SecureID(Cara Guna & Check di ctoscredit.com.my)
Terkini CTOS telah umumkan satu servis yang baru iaitu untuk memantau jika data sulit anda tertiris di dark web. Dengan anda servis ini yang dikenali sebagai CTOS SecureID dapat manfaatkan penggunanya. Bagaimana cara untuk melanggan CTOS SecureID? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu
APA ITU CTOS SecureID
CTOS Secure ID ialah perkhidmatan akan memantau lanskap dark web untuk mencari seandainya ada maklumat sulit anda tertiris di sana. Iamya bertindak sebagai pengesan dan bukannya pembanteras. Ia akan memberitahu anda tentang sebarang anomali dan anda sendiri perlu ambil tindakan seperti menukar kata laluan ataupun menutup terus akaun digital yang terlibat.
APA ITU DARK WEB
Dark web adalah arena Internet yang berada di luar jangkauan pihak berkuasa untuk memantau disebabkan sifatnya yang tidak berpusat (decentralized). Maka di sana, aktiviti pelanggaran undang-undang sering berlaku termasuklah pemerdagangan maklumat sulit yang diperoleh hasil godam ataupun cara tidak sah.
PAKEJ YANG DITAWARKAN CTOS Secure ID
Sebagai permulaan CTOS Secure ID ditawarkan kepada anda secara percuma untuk satu bulan. Seterusnya anda boleh melanggan pada harga berikut:
- RM8.90/bulan
- RM86.90/tahun.
CARA LANGGAN CTOS Secure ID
Berikut adalah merupakan cara melanggan CTOS Secure ID?
- Layari pautan CTOS: https://ctoscredit.com.my/perlindungan-penipuan-pemantauan-kredit/?lang=ms
- Pada paparan utama, klik pada Langgani Sekarang
- Pada ruangan Creat CTOS ID Account, isikan butiran yang diperlukan seperti:
- Jenis ID
- Nama Penuh (seperti dalam kad Pengenalan)
- No kad Pengenalan
- Email yang sah
- Bahasa pilihan anda inginkan
- No Telefon anda (kemudian Klik Get Verification Code)
- Masukkan No Verification Code yang diterima
- Setelah lengkap semuanya, klik Continue
- Kemudian ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
KELEBIHAN MENGGUNA CTOS Secure ID
Ciri yang terdapat pada CTOS Secure ID adalah Pemantauan dark web. Sekiranya anda Kalau memiliki kad kredit ia akan memberitahu anda sekiranya terdapat perubahan had transaksi, penutupan akaun, penukaran alamat, dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi di bawah perlindungan takaful sehingga RM20,000.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara langgan CTOS Secure ID, anda boleh layari website rasmi CTOS di pautan https://ctoscredit.com.my/?lang=ms
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE : CARA DAFTAR & LOGIN LAPORAN KREDIT
SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE(CHECK SENARAI HITAM)