SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE(CHECK SENARAI HITAM)

Utama / SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST / SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE(CHECK SENARAI HITAM)

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE(CHECK SENARAI HITAM)

Anda berkeinginan untuk membuat pembiayaan, Anda tidak diluluskan pada masa membuat pinjaman wang daripada perbankan dan institusi kewangan lain. Kenapakah pihak perbankan tidak meluluskan pembiayaan yang anda buat . Mungkin kerana, boleh sahaja anda termasuk ke dalam senarai nama blacklist Bank Negara.

Oleh itu, bagi memudahkan dan membuktikan anda sudah di blacklist ataupun tidak, anda boleh SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE segara, sekiranya Anda ingin mengetahui dan memastikan bahawa nama Anda masuk ke dalam database blacklist negara.

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia ada platform yang mengurusi dan merekod aktiviti korang semasa membuat pinjaman dan bayaran. Platform tersebut adalah CCRIS dan CTOS.

 

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE MELALUI LAPORAN CTOS

Untuk pengetahuan anda CTOS dikenali sebagai Credit Tip-Off Service merupakan sebuah agensi  yang  merekodkan status kredit individu. Mana-mana pemberi pinjaman akan merekodkan aktiviti pembayaran oleh peminjam di CTOS. Maklumat ini memaparkan peminjam tersebut sama ada mereka merupakan individu yang disiplin dalam pembayaran pinjaman atau sebaliknya.

Jika anda pernah meminjam dan mempunyai tunggakan , rekod tersebut akan dilaporkan di CTOS dan maklumat ini boleh diakses oleh agensi pemberi pinjam yang lain. Sekiranya skor kredit anda tidak memuaskan, anda akan disenaraihitam dan permohonan pinjaman anda pasti sukar untuk diluluskan. Anda boleh buat SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE di sini

 

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE MELALUI CCRIS

CCRIS singkatan dari Central Credit Reference Information System atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit.

Bank Negara Malaysia (BNM) mencipta sistem ini untuk mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam.

Secara amnya, maklumat kredit peminjam akan dikumpulkan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia daripada institusi kewangan dan membuat laporan kredit melalui sistem CCRIS.

Jika anda ingin membuat semakan secara online, anda perlu mendaftar akaun eCCRIS terlebih dahulu. daftar SEMAKAN STATUS CCRIS ONLINE di sini

 

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST DI BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

 

Jika anda mempunyai banyak masa terluang dan ingin mendapatkan laporan secara fizikal di Bank Negara Malaysia (BNM), anda boleh terus ke kaunter atau kiosk di BNM bagi mendapatkan laporan CCRIS. Berikut adalah panduan yang boleh diikuti oleh anda:

  1. Anda perlu ke cawangan bank negara
  2. Pergi ke mesin kiosk yang disediakan
  3. Buat pilihan bahasa yang anda ingin gunakan, sama ada Bahasa Malaysia atau English.
  4. Pilih paparan butang Cetak Laporan.
  5. Anda perlu masukkan kad pengenalan (MyKad) anda pada slot yang disediakan.
  6. Seterusnya, tempat untuk scan ibu jari (thumbprint) yang terletak di bawah slot masukkan MyKad akan menyala.
  7. Scan thumbprint ibu jari anda anda.
  8. Proses semakan mungkin akan mengambil masa selama seminit bagi proses semakan rekod sebelum ianya dicetak,
  9. Keluarkan MyKad anda.
  10. Tunggu sehingga laporan CCRIS anda dicetak.
  11. Setelah dicetak, ambil laporan CCRIS anda

 

 

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA 

Pemandu atau pemilik kenderaan yang disaman atau diberi notis, tetapi tidak membayar kompaun dalam masa 60 hari akan dirujuk ke mahkamah. Sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan tidak hadir untuk sebutan kes di mahkamah, maka pemilik kenderaan, kenderaan atau lesen memandu akan disenarai hitamkan sehingga kes berjaya diselesaikan. Cara untuk anda semakn status blacklist JPJ adalah seperti berikut.

  1. Klik pautan ini https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-status-senarai-hitam
  2. Pilih jenis senarai hitam, lesen ataupun kenderaan
  3. Pilih sumber senarai hitam, JPJ ataupun agensi
  4. Sila pilih Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan. (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
  5. Masukan kod sekuriti
  6. Tekan semak

 

 

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE  JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

 

Jika anda ingin menyemak status blacklist anda di jabatan imigresen Malaysia anda boleh semak secara online di portal jabatan imegresen. Portal ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara. Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri. Kemudahan ini dibuka untuk semua warganegara Malaysia. Antara caranya adalah

  1. Tekan link https://sspi.imi.gov.my/sspi/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Tekan butang Semak

 

 

 

 

35 Comments

  1. Hi am Vivian my plus miles card has problems I can’t use it again, I have 95 rm in the card so how can I get my money back

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *