SENARAI CUKAI JALAN KERETA ELEKTRIK SELEPAS TAMAT TEMPOH PENGECUALIAN
Kepada pengguna kereta elektrik, semestinya anda ingin mengetahui kadar cukai jalan yang akan dikenakan selepas tamatnya pengecualian cukai untuk kereta elektrik (EV) dan perlu bersedia untuk mula membayar cukai tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
TEMPOH PENGECUALIAN CUKAI JALAN KERETA ELEKTRIK
Kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai jalan untuk kereta elektrik dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025. Pengecualian ini hanya melibatkan kereta yang dipacu dengan sumber elektrik (EV), tidak tertakluk kepada kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin petrol/diesel.
KADAR PENGGIRAN ROADTAX KERETA EV (Selepas Tamat Pengecualian Cukai)
Kerajaan telahpun mengeluarkan garis panduan untuk pembayaran cukai bagi kereta elektrik mengikut katagori seperti berikut:
Kuasa motor di bawah 80 kW | 50 kW dan ke bawah – RM20Di atas 50 kW hingga 60 kW – RM42.50Di atas 60 kW hingga 70 kW – RM50Di atas 70 kW hingga 80 kW – RM60 |
Kuasa motor melebihi 80 kW | Atas 80 kW hingga 90 kW – RM160; RM0.32 sen bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 80 kWAtas 90 kW hingga 100 kW – RM224; RM0.25 sen bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 90 kWAtas 100 kW hingga 125 kW – RM274; RM0.50 sen bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 100 kWAtas 125 kW hingga 150 kW – RM524; RM1.00 bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 125 kWAtas 150 kW – RM1,024; RM1.35 bagi setiap tambahan 0.05 kW (50 watt) dari 125 kW |
SENARAI BAHARU CUKAI JALAN KERETA EV
Berikut adalah merupakan senarai cukai jalan baharu mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kereta elektrik iaitu:
CUKAI JALAN KERETA EV PALING MURAH
Berdasarkan contoh dari kiraan yang dibuat seperti di atas, cukai jalan kereta elektrik paling rendah adalah sebanyak RM70.00
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cukai jalan kereta EV, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)
ARTIKEL LAIN:
- MyJPJ: Permohonan Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online
- GANTIAN MyKAD ROSAK HILANG (Tukar IC MyPhone-In JPN)