CARA DAFTAR AKAUN MATRIX PERKESO(Register Login Buat Bayaran & Rekod Caruman)
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri merupakan skim baharu yang diperkenalkan oleh PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) mulai 01 Jun 2017.Sudah kah anda mendaftar sebagai pekerja, majikan, atau bekerja sendiri di laman sesawang Akaun MATRIX PERKESO? Sekiranya belum disini kami kongsikan panduan cara daftar, login Portal Matrix.
APA ITU PORTAL MATRIX
MATRIX ialah satu projek yang inovatif yang diusahakan oleh PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL). Ia membenarkan Pekerja Sendiri untuk mendaftar dan menyemak status caruman mereka, dan membenarkan Pekerja Sendiri untuk membuat caruman dan pembayaran atas talian.
MATRIX adalah portal bersepadu PERKESO yang menyediakan pandangan menyeluruh kepada semua pencarum untuk melihat, mengemaskini dan membuat caruman. MATRIX dibangunkan untuk pencarum yang bekerja sendiri melakukan transaksi caruman mereka dalam talian. Ia membolehkan pekerja sendiri untuk melakukan pendaftaran dan pembayaran.
CARA DAFTAR AKAUN MATRIX
Menu log masuk “Kali Pertama” dibangunkan bagi pengguna baru akaun MATRIX. Berikut adalah cara daftar akaun Matrix:
- Layari pautan daftar akaun Matrix: https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/signup
- Klik pada ” Kali Pertama? Daftar akaun MATRIX “.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Klik kotak saya bersetuju dan telah membaca Terma dan Syarat . serta kotak ‘ Saya bukan robot’.
- Masukkan ungkapan Captcha yang tertera. Klik pada butang ‘Seterusnya’ .
- Tekan OT, masukkan nombor Token OTP yang diterima nombor telefon anda.minit. Klik butang ‘ Seterusnya’.
- Mesej Pendaftaran berjaya akan dipaparkan, pautan Verifikasi akan dihantar ke Emel anda.
- Klik butang disini atau klik pada URL yang disediakan dalam emel anda
- Pautan tersebut akan membawa anda ke laman sesawang MATRIX untuk melengkapkan proses pengaktifan.
- Semua maklumat anda telah diisi, masukkan Ungkapan Rahsia, Kata Laluan, & Pengesahan Kata Laluan.
- Klik Seterusnya anda akan dibawa ke laman utama (Log Masuk).
- Tahniah anda telah berjaya mendaftar di MATRIX
CARA LOGIN AKAUN MATRIX
Sekiranya pendaftaran anda telah berjaya seperti di atas, berikut adalah cara Login akaun Matrix:
- Layari pautan daftar akaun Matrix: https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/login
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda, klik Seterusnya .
- Ungkapan Rahsia anda akan terpapar.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik Log Masuk .
- Tahniah, anda telah Berjaya Log Masuk di MATRIX
CARA PEMBAYARAN MELALUI AKAUN MATRIX
Berikut adalah membuat pembayaran Akaun Matrix bagi bekerja sendiri:
- Layari pautan daftar akaun Matrix: https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/login
- Login akaun anda
- Buat pilihan anda sama ada Saya bekerja Sendiri / Saya Pekerja / Saya Majikan
- Pilih Mod Saya Berkerja Sendiri .
- Klik Daftar di panel Pendaftaran & Caruman.
- Pada halaman pendaftaran, pilih salah satu sektor dari senarai. Klik Hantar .
- Jika sebelum ini anda telah berdaftar dalam mana-mana sektor, sektor yang sama tidak perlu didaftarkan semula
- Isikan semua maklumat, Semua ruangan bertanda * adalah wajib diisi.
- Pilih Pelan Caruman dan tempoh perlindungan anda pada ruang Bulan Caruman .
- Pastikan anda telah membaca dan klik pada Terma dan Syarat.
- Klik Hantar & Bayar . (maklumat yang telah dihantar adalah muktamad, Pindaan hanya boleh dibuat oleh PERKESO).
- Pastikan anda telah klik dan membaca Terma dan Syarat .
- Klik Bayar dengan FPX .
- Pilih Bank anda, log masuk menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda, membuat pembayaran/transaksi .
- Selepas membuat transaksi, anda akan dibawa ke halaman MAKLUMAT BAYARAN semula.
- Halaman Maklumat Pembayaran . Semua maklumat berkaitan transaksi akan dipaparkan.
- Pilihan untuk memuat turun resit .
- *Setelah pembayaran berjaya, e-resit akan dikeluarkan. Perlindungan bermula
CARA CHECK REKOD CARUMAN DI AKAUN MATRIX
Berikut adalah cara rekod carauman di akaun Matrix:
- Layari pautan daftar akaun Matrix: https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/login
- Login akaun anda
- Buat pilihan anda sama ada Saya bekerja Sendiri / Saya Pekerja / Saya Majikan
- Pilih Mod Saya Berkerja Sendiri .
- Pada panel Senarai , klik Senarai, Ia akan bawa anda ke halaman senarai caruman..
- Caruman dan status Pembayaran akan dipapar.Resit Caruman boleh dipapar atau dimuat turun .
- Borang caruman dengan maklumat lengkap akan dipaparkan. Resit pembayaran caruman boleh dimuat turun.
- Dokumen sokongan yang dimuat naik boleh dilihat dan dimuat turun.
- Klik pada Memuat turun Resit . Muat turun pop timbul akan dipaparkan, klik untuk simpan.
- Setelah muat turun selesai, sila buka fail. Format fail ialah PDF .
* Fail boleh dibuka menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge, dan sebarang perisian PDF lain.
CARA TUKAR KATA LALUAN PASSWORD AKAUN PERKESO MATRIX
Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun matrix yang sedia ada, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kembali iaitu:
- Muat turun aplikasi Perkeso kemudia buka aplikasi tersebut di handphone anda
- Pada halaman menu utama, klik pada tab menu yang terletak di penjuru kanan atas
- Kemudian pilih pada Daftar Akaun / Log masuk
- Pada laman log masuk, klik pada Lupa Kata laluan
- Kemudian anda dikehendaki untu mengisikan alamat email anda yang berdaftar dengan PERKESO pada ruangan yang tersedia dan klik Hantar
- Kemudian semak pada email anda, terdapat satu pautan yang dihantar oleh PERKESO. Klik pada pautan tersebut
- Kemudian pada laman Menetapkan Semula Kata Lalaun, anda dikehendaki untuk isikan sahaja kata lalaun baru anda. Sahkan sekali lagi kata laluan baru anda dan klik hantar
- Akhir sekali, paparan akan menunjukkan status penukaran kata laluan anda berjaya
- Anda boleh log masuk kembali akaun Matrix anda dengan menggunakan kata laluan baru tersebut seperti biasa.
SOALAN LAZIM (FAQ) AKAUN MATRIX PERKESO
Siapakah yang layak mendaftar akaun MATRIX?
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap yang menjalankan pekerjaan sendiri dengan tujuan menjana pendapatan tanpa mengira had umur.
Apakah faedah-faedah yang tersedia bagi bekerja sendiri:
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Faedah Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
- Faedah Pendidikan
Apakah dokumen yang diperlukan bagi bekerja sendiri?
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen / kad pemandu / profil e-haling / permit / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi:
- IBU PEJABAT PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL Menara PERKESO, No. 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur
- Talian Umum: 1-300-22-8000
- E-mel: [email protected]
ARTIKEL LAIN
SIP GIG PERKESO 2022 (Permohonan Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan)
CHECK NOMBOR SOCSO:SEMAKAN NOMBOR AHLI PERKESO
assist.perkeso.gov.my:Cara Daftar Login Guna(Caruman & Bayaran Online)
SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO(Cara Buat Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19)
PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)
SEMAKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO:CARA DAFTAR DAN GUNA PORTAL PERKESO
PEKERJA DOMESTIK PERKESO:CARA REGISTER PENDAFTARAN SOCSO(SISTEM INSURANS PEKERJAAN)
Saya terlupa ungkapan rahsia. Yang reset password tiada masalah. Mohon bantu saya agar memudahkan caruman perkeso saya. Terima Kasih