Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Tempah Janji Temu Guna MySejahtera / Walk-In

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Tempah Janji Temu Guna MySejahtera / Walk-In

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster)

Jika anda merancang untuk tunai umrah dan menghadapi masalah  disebabkan menjadi penerima vaksin Sinovac selepas tidak diperakui Arab Saudi, sekarang anda boleh memohon dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.

Bagaimanakah cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Guna MySejahtera / Walk-In ?

 

Berikut adalah perkongsian daripada  Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY)

 

Bermula 21 Mac ini, orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk tempahan slot dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera di seluruh negara.

 

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Guna MySejahtera / Walk-In

Pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:

 

  1. Tekan Helpdesk
  2. Mula
  3. Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  4. Pilih G dan mengisi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.

 

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Guna MySejahtera / Walk-In

Kemudahan Walk-In  Vaksin Dos Penggalak (Booster) Walk-In  Bermula 22 November 2021

Sementara itu KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’.

 

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak – Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.

 

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Walk-In 

Pendaftaran secara ‘walk-in’ ini akan dilaksanakan bagi:

 

  • Individu yang layak pemberian dos penggalak;
  • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
  • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19;
  • Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

 

Walaubagaimanapun buat masa ini, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:

  • Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
  • Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
  • Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
  • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
  • Ibu mengandung; dan
  • Keperluan ke luar negara

Dengan pendekatan ini, CITF-B percaya ia akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.

 

Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

 

Pendekatan seumpama ini juga akan membantu Kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima.

 

Senarai PPV Yang Menyediakan Perkhidmatan Walk-In Vaksin Dos Penggalak (Booster)

Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.

Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *