BAGAIMANAKAH CARA BUAT PERMOHONAN E-PENGAMBILAN TUDM?
Bagi pelajar lepasan SPM/ SKM dan Diploma,Jika anda berminat dan berkelayakan untuk menyertai TUDM, anda adalah dipelawa untuk mengisi borang permohonan e-pengambilan TUDM yang boleh dimuat turun secara online di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Berikut dikongsikan maklumat pengambilan terkini TUDM tahun 2024 melibatkan Pengambilan Perajurit Muda Udara. Belia negara adalah dipelawa untuk memohon kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. Di sini kami kongsikan bagaimana cara permohonan dan juga cara semakan sistem e-Pengambilan TUDM.
GAJI / ELAUN / KEISTIMEWAAN TUDM
Gaji Permulaan
- Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00
- Skim SPM atau SVM : RM1,879.00
- Skim SKM Tahap 2 : RM 1,945.01
- Skim SKM Tahap 3 : RM 2,011.02
- Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,341.07
Kenaikkan Tahunan
- Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)
- Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
- Bayaran Insentif Krew kapal Terbang
- Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
- Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
- Tuntutan Cuti Tahunan
Keistimewaan
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waran perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
TARIKH PERMOHONAN TUDM
Tarikh permohonan pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 69/25 (Lelaki dan perempuan) secara atas talian melalui laman web e-Pengambilan TUDM mulai 5 Ogos 2024 hingga 15 Oktober 2024.
SYARAT KELAYAKAN e-PENGAMBILAN TUDM
Kelayakan Asas
- Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
- TIDAK BERKAHWIN atau BUJANG untuk wanita.
- Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Feb 2025.
- Lepasan SPM atau SVM.
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
- Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
Kelayakan Pendidikan
- Calon Lepasan Diploma Kejuruteraan
- Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.
- Calon Lepasan Diploma
- Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.
- Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM / SVM
- Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Fizik
- Kimia
- Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
TARAF KESIHATAN e-PENGAMBILAN TUDM
- Taraf Kesihatan – Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
- Penglihatan – Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
- Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)
- Tinggi Minimum : 1.65 meter
- Berat Minimum : 49kg
- BMI : 18 hingga 25
- Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Perempuan)
- Tinggi Minimum : 1.60 meter
- Berat Minimum : 46kg
- BMI : 18 hingga 25
CARA PENDAFTARAN SISTEM E-PENGAMBILAN TUDM
Sebelum anda membuat sebarang permohonan, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dalam sistem e-Pengambilan TUDM. Berikut adalah cara-cara pendaftaran:
- Layari pautan daftar: http://kerjaya.airforce.mil.my/
- Masukkan maklumat peribadi anda seperti:
- Nama
- No Kad Pengenalan
- No Telefon (Pastikan yang aktif)
- Alamat Email (Pastikan yang aktif)
- Masukkan Password yang anda inginkan, dan sahkan sekali lagi password anda.
- Taipkan kod CAPTCHA yang tertera.
- Tick kan pada pengesahan kebenaran maklumat anda,
- Tekan DAFTAR. Kini pendaftaran anda telah selesai.
CARA PERMOHONAN E-PENGAMBILAN TUDM
Setelah anda mendaftar sistem epengambilan TUDM seperti di atas, anda kini telah boleh membuat permohonan. Berikut adalah cara Login sistem e-pengambilan:
- Layari pautan login: http://kerjaya.airforce.mil.my/
- Masukkan No Kad Pengenalan Anda
- Masukkan kata laluan anda
- Kemudian tekan Log Masuk.
- Selesai, anda telah berjaya login untuk membuat permohonan.
CARA STATUS SEMAKAN PERMOHONAN E-PENGAMBILAN TUDM
Hanya calon yang layak dan terpilih sahaja dikehendaki hadir ke pusat pemilihan untuk menjalani temuduga awal pemilihan awal mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Semakan permohonan boleh dibuat seperti berikut:
- Layari pautan login: http://kerjaya.airforce.mil.my/
- Masukkan No Kad Pengenalan dan Password anda.
- Muat turun borang permohonan (untuk di bawa semasa menghadiri pemilihan temuduga awal)
SOALAN LAZIM (FAQ) E-PENGAMBILAN TUDM
Bagaimanakah cara permohonan menyertai TUDM?
- Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online atau atas talian pada pautan ini: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Apakah syarat kelayakan akademik yang diperlukan bagi katagori lain-lain pangkat TUDM?
- Syarat kelayakan akademik bagi permohonan Perajudirt Muda adalah SPM atau Diploma yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan.
- Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan PMR TELAH DIMANSUHKAN.
- Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.
Saya mempunyai masalah kesihatan dan ada mempunyai rekod kesalahan jenayah. Bolehkah saya memohon?
- Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kesihatan dan perubatan HANYA BOLEH DIKETAHUI semasa sesi pemeriksaan dijalankan kerana ia melibatkan keputusan dari Pegawai Perubatan Sesi Pemilihan.
- Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kes kesalahan awam, kes polis atau kes tatatertib HANYA BOLEH DIKETAHUI setelah mendapat maklumbalas dari bahagian yang dilantik untuk perkara ini.
Bilakah tarikh akhit tutup permohonan?
- Tarikh tutup permohonan akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat lanjut & pertanyaan sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM:
- Tel: 013-6893814
- Hari : Isnin – Jumaat
- Masa : 9.00pg – 4.00ptg
- Layari pautan: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
ARTIKEL LAIN
- Jika anda pelanggan Takaful Great Eastern,boleh daftar i-GET IN TOUCH
- Jika anda pelanggan Takaful PRUBSN,boleh daftar PRUBSN TOUCH
- Jika anda pelanggan Takaful MyZurichLIFE ,boleh daftar
MyZURICHLIFE
Pengambilan untuk Perempuan bila pengambilannya.
Kalau tersalah tulis nama semasa daftar boleh buat permohonan lg ke? Sbb dkt kemaskini nk tukar nama dh xboleh
ya
Nak tanya kalau umur 20 keatas boleh daftar tak ??
Lupa katalaluan mcmna nak dpt balik ya?
sy nak tahu yg dikatakan nama anda tak tersenarai.dari segi mana kah kalau lain kali bagi lah penyebab tak tersenarai ,beri alasan supaya senang sy tahu apa punca sy tak dapat.
terima kasih.
jika status pemilihan awal tiada pengesahan, kat mana nak sahkan. bagaimana nak sahkan. sy tak jumpa
Saya pernah mendaftar “E-PENGAMBILAN TUDM”. sy terlupa kata laluan dan no tel lama sudah tidak di gunakan lagi. Macam mana saya nok mendaftar semula.
Saya terlupa kata laluan Dan nombor telefon saya untuk log in pengambilan tudm macam cara saya nak dapatkannya semula.
Saya lupa kata laluan dan nombor telefon saya untuk log in pengambilan tudm macam mana cara nak dapatkan balik