KAD NFC TOUCH N GO(Cara Beli Harga)

CARA BELI KAD TOUCH N GO NFC (Harga & Tarikh Jualan)

Terkini Touch n Go Malaysia telah menaik taraf kad TNG dengan teknologi baru yang dikenali NFC dan ia sangat memudahkan penggunaannya dan mempunyai pelbagai kelebihan. Disini kami akan kongsikan cara beli dan cara tambah nilai online, semohga membantu.

APA ITU NFC

“Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

SYARAT PENGGUNAAN NFC

Sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan NFC ini, pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain).
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

PERBEZAAN ANTARA KAD TnG NFC DENGAN KAD TnG LAMA

Berikut adalah merupakan perbezaan dan kelebihan yang ada pada kad TnG NFC:

KAD TnG LAMAKAD TnG NFC
1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir

1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir

5. Semak baki melalui eWallet

6. Tambah nilai menggunakan baki eWallet

7. Beli melalui eWallet

CARA SEMAKAN NFC DI TEELFON

Pastikan anda membuat semakan NFC di telefon anda terlebih dahulu untuk penggunaan teknologi ini:

  1. Pengguna IOS
    1. Kebanyakkan peranti IOS sudah mempunyai cip NFC di dalamnya dan ciri NFC dihidupkan secara automatik di dalam iPhone.
    2. Berikut adalah cara semakan NFC:
      1. Buka telefon anda dan klik pada aplikasi Settings
      2. Kemudian klik General
      3. Seterusnya klik About dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
      4. Sekiranya versi iOS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” di bawah “General” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik “Download and Install” untuk kemas kini iOS anda kepada versi terkini
  2. Pengguna Android
    • Kebanyakan peranti Android baharu mempunyai cip NFC dalam telefon.
    • Berikut adalah cara semakan NFC:
      • Buka telefon anda pilih aplikasi Settings
      • Kemudian klikpada About Phone atau About Device
      • Seterusnya klik Android Version dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
      • Sekiranya versi OS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini
    • Cip NFC telefon anda perlu diaktifkan sebelum penggunaannya seperti berikut:
      • Pergi ke Settings
      • Klik pada Search Settings, taip NFC.
      • Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit anda.

HARGA KAD TOUCH ‘N GO NFC

Sekeping kad TnG NFC ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik.

CARA BELI KAD TOUCH ‘N GO NFC

Berikut adalah merupakan cara pembelian kad TnG FNC:

Secara Fizikal

  1. Anda boleh membeli kad TNG NFC ini di stesen minyak yang terpilih.

Secara online (Melalui e-Wallet Touch n Go)

  1. Pastikan anda membuat semakan telefon anda mempunyai fungis NFC terlebih dahulu
  2. Buka Aplikasi TnG anda
  3. Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi
  4. Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah
  5. Klik Order Now
  6. Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now
  7. Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan
  8. Selepas, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian.
  •  

NOTA: Cas penghantaran tertakluk pada kos yang terpapar di dalam aplikasi TnG tersebut. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja

TARIKH JUALAN KAD NFC ONLINE (e-WALLET TnG)

  • Sudah semestinya setiap anda ingin membuat pembelian, kad ini selalu kehabisan stok. untuk pengetahuan anda perjualan kad ini hanya tersedia di aplikasi TNG eWallet setiap 2 minggu. Bermakna, jika hari ini jualannya telah dibuka, maka hari yang sama 2 minggu kemudian, ia akan dijual sekali lagi.
  • Untuk sebelumnya, sudah lebih 3 kali corak ini berulang. TNG eWallet sudah menjualnya pada 14 Julai, kemudian 28 Julai dan terakhir pada 11 Ogos. Semuanya tepat dengan jarak 14 hari.
  • Oleh itu, untuk kiraan seterusnya kad ini akan dibuka jualannya di aplikasi pada 25 Ogos 2022. (khamis) seawal 10 pagi.

TIPS BELI KAD NFC ONLINE (e-WALLET TnG)

  •  Setiap sesi jualan kad ini akan bertahan dalam tempoh sejam lebih sahaja, kemudian aplikasi akan memberitahu kad NFC sudah kehabisan stok.
  • Pastikan anda set kan penggera untuk remind tentang tarikh jualan kad ini
  • Pastikan wang dalam akaun TNG eWallet mencukupi iaitu sebanyak RM15
    • RM10 = kad
    • RM5 kos penghantaran.
  • Setkan alamat rumah anda dalam aplikasi Tng
    • Buka aplikasi TNG eWallet anda
    • Klik pada Profil (penjuru kanan atas)
    • Kemudian klik pada Edit info > Additional info > Contact Information
    • Masukkan alamat rumah anda kemudian klik simpan.

CARA LINK KAD TnG NFC DENGAN APLIKASI TnG eWALLET

Berikut adalah cara untuk anda link kan kad TnG FNC anda:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Klik pada ikon TNG Card di skrin utama
  3. Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan
  4. Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC, Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:
  5. Klik pada Scan Now, imbas kad TNG NFC dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat.
  6. Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda
  7. Isikan ruangan Preferred Card Name ( nama yang anda ingin simpan pada kad tersebut)
  8. Setelah lengkap klik pada Add
  9. Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit
  10. Selesai anda kini boleh menggunakan kad TNG NFC

CARA TAMBAH NILAI TnG NCF GUNA APLIKASI TnG eWALLET

Setelah anda link kan kad TnG NFC, berikut adalah cara untuk tamabah nilai guna aplikasi TnG eWallet:

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Klik pada ikon TNG Card di skrin utama
  3. Pilih kad TnG NFC anda, kemudian klik pada Reload
  4. Imbas kad TnG NFC menggunakan telefon anda
  5. Pada bahagian Enter your preferred amount, masukkan jumlah tambah nilai yang anda inginkan. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500
  6. Sahkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit TnG anda
  7. Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi
  8. Sekiranya berjaya, akan terpapar Reload Successful. Sekiranya tidak berjaya akan terpapar Reload Unsuccessful. Sekiranya tambah nilai anda masih “in progress”, akan terpapar Hold On, reload is Pending!
  9. Sekiranya berjaya anda boleh menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda

NOTA: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Touch ‘n Go NFC ini, anda boleh layari website rasmi TnG di pautan https://www.touchngo.com.my/

ARTIKEL LAIN

CARA DELETE AKAUN TOUCH’n GO eWALLET(Terminate TnG eWallet)

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *