KASIH JOHOR Registration MyKasih 2024

PERMOHONAN DAN SEMAKAN KASIH JOHOR

Kepada warga penduduk Johor, Kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan program bantuan Kasih Johor di bawah MyKasih Foundation bermula bulan Disember 2021 ini. Bagaimana cara permohonan dan semakan  program bantuan MyKasih Johor ini? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU PROGRAM BANTUAN KASIH JOHOR

KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor. Objektif KASIHJOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

KADAR BANTUAN KASIH JOHOR

Bantuan yang akan diterima adalah baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak RM200 melalui akaun MyKad

Tempoh Sahlaku Baucer MyKasih

  • Penerima menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.
  • Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya tetapi akan luput pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2022.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KASIH JOHOR

  • Tiada permohonan yang boleh dilakukan kerana penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.
  • Pihak Kerajaan Negeri Johor menggunakan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan data penerima bantuan seperti JKM/MAIJ untuk mengenalpasti kumpulan sasar.
  • Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN KASIH JOHOR

Anda juga boleh membuat semakan secara online seperti beriikut:

  1. Layari laman web MyKasih: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan kod Catcha yang tertera dan tekan Semak Status
  4. Status anda akan tertera sekiranya layak.

NOTA: Anda juga boleh semak di kaunter Customer Service pasar raya sama ada layak atau tidak.

CARA PENEBUSAN BAUCER BANTUAN KASIH JOHOR

Pasaraya yang mengambil bahagian dalam KASIHJOHOR akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran khas di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Berikut adalah emrupakan aturcara penebusan di Pasaraya yang terpilih:

  1. Penerima bantuan perlu mempamerkan MyKad sebelum membuat pembelian di kaunter pembayaran MyKasih yang disediakan di kedai-kedai terpilih.
  2. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas berdasarkan 10 senarai katagori dan pilihan barangan makanan adalah mengikut Label MyKasih yang diletakkan di rak tanda harga.
  3. Jururawang akan mengimbas barkod bagi setiap barangan keperluan makanan asas yang ingin dibeli oleh penerima bantuan mengikut katagori yang dibenarkan.
  4. Penerima bantuan perlu memasukkan nombor pin 6 digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.

SEMAKAN KEDAI & PASARAYA PROGRAM BANTUAN KASIH JOHOR

Untuk membuat semakan kedai dan pasarraya yang terlibat dalam program bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pada pautan di bawah:

  • https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang permasalahan dan ingin membuat pertanyaan lanjut mengenai program bantuan KasihJohor, anda boleh:

  • Hubungi khidmat pelanggan MyKasih: 03-7720 1800 (Mon – Fri, Normal Business Hours)
  • Email: [email protected]

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PRIHATIN KASIH:PERMOHONAN BANTUAN TANPA TUNAI RM100(3BULAN) & SENARAI KEDAI

PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA(Cara Daftar & Permohonan)

Share your love

105 Comments

  1. Saya tidak pernah memohon ekasih. Saya mencuba sekarang adakah saya layak mendapat bantuan yg diberikan kepada raykat Johor dn warga wmas seperti saya. Saya telah masukkan no kad pengenalan saya dn masukakan abjet yg tertera tpi jawapannya tuada dalam senarai. Disebabkan itu saya cuba memohon.

  2. Saya tidak pernah memohon e-kasih dan dalam golongan B40 Saya mencuba sekarang adakah saya layak mendapat bantuan yg diberikan kepada raykat Johor dn ibu tunggal seperti saya. Saya telah masukkan no kad pengenalan saya dn masukakan abjet yg tertera tpi jawapannya tiada dalam senarai. Disebabkan itu saya cuba memohon.

  3. Saya penerima ekasih KIR tapi bila semak tiada dlm rekod utk bantuan mykasih johor rm200 dan mykasih rm100 selama 3 bulan,mohon buat semakan,tkasih 👍

  4. Saya tergulong dari klurga B40..sy dh cek nama sy tiada…dlm my kasih..tapi dlm ekasih ade…adakah sy layak atw tidak menerima bntuan ini..

  5. Adakah saya layak menerima mykaseh Johor?Ini kerana saya tiada keupayaan utk mencari nafkah utk keluarga kerana sakit.Isteri pula mengidap strok.Anak pula OKU.Anak bungsu masih sekolah.Adik Ipar sakit sawan.Belum nampak Kerajaan Johor membantu walau sudah mohon.

  6. Yang belum menerima bantuan dari kerajaan negeri.Saya percaya penerima berikutnya adalah mereka yang pernah menerima sumbangan dari kerajaan negeri kerana sudah mempunyai pengkalan data

  7. Nama suami saya pun tiada dalam rekod,,bergitu juga nama bapa saya tiada dalam rekod.. Sedangkan rekod BPR ada.

  8. ibu saya penerima BPR dan juga merupakan ibu tunggal. kenapa bila saya semak tiada rekod ditemui. adakah ibu saya tidak layak dapat mykasih

  9. Suami Saya penerima BPR ,kami tergolong B40 Saya anak JOHOR tapi suami IC Perak sebab it ke tiada dalam rekod minta pencerahan

  10. Assalamualaikum
    Selamat petang …
    Maaf kan saya …saya kenapa tak dapat ,saya dari golongan B40 …bila cek my kasih takde dalam sistem ,boleh jelas kan

  11. Assalamualaikum..maaf nak bertanya,kenapa sy x dapat ya bantuan my kasih johor.sedangkan sy ibu tunggal yg kurang sihat n tiada pendapatan tetap (tidak bekerja).sy mengharapkan bantuan dr kerajaan..buat masa sekarang sy cuma bergantung pada pendapatan dari felcra Rm500.00 sebulan sahaja..susahnya nak dapat bantuan dr kerajaan..kenapa ada owg yg x sepatutnya dapat bole dapat tapi sy yg tiada pendapatan x dapat..

  12. Assalamualaikum..maaf nak bertanya,kenapa sy x dapat ya bantuan my kasih johor.sedangkan sy ibu tunggal yg kurang sihat n tiada pendapatan tetap (tidak bekerja).sy mengharapkan bantuan dr kerajaan..buat masa sekarang sy cuma bergantung pada pendapatan dari felcra Rm500.00 sebulan sahaja..susahnya nak dapat bantuan dr kerajaan..kenapa ada owg yg x sepatutnya dapat bole dapat tapi sy yg tiada pendapatan x dapat..

    Balas

  13. ataupun mungkin penerima kasih johor ni gaji diantara RM1,500 ke bawah..?kalau B40,seharusnya gaji RM2,500 ke bawah..saya pun tak berapa pasti..tolong jelaskan…

  14. Saya bapa tunggal
    Anak 5 org Masih belajar
    Perdapatan rm1k
    2018 dpt mykasih tp kini tak Ada dlm senarai..Mohon dipertimbangkan..

  15. Saya pesara glc dan menerima pencen kurang dari rm300,sekarang tiada pekerjaan tp tak layak utk terima bantuan mykasih.

  16. Sy ibu tunggal anak 2. Sblm ni sy ada dpt bantuan mykasih rm250 tp knp sy check status nama sy tiada dlm record? Sy penerima bpr tp knp nama tiada record? Sy tak faham knp kerajaan tak nak bantu sy yg ibu tunggal ni. Anak sy kecik lg baru sthn stgh. Abg dia baru nk masuk tadika. Tlg bantu sy, knp sy tak dpt bantuan mykasih ni? Tlg bantu sy utk daftar mykasih ni.

  17. Saya golongan M40. Tapi tolak sikit terus jatuh B40. Tiadakah bantuan bagi golongan spt saya. Kalau ekasih b40 dpt rm200. Golongan Saya ni dapat rm100 pon jd lah. Minta perhatian pihak Menteri Besar.

  18. Saya seorang ibu tunggal ada rekod di JKM,ada data bsh sebelum ini tetapi tiada rekod di temui,menepati syarat my kasih johor tapi kenapa tak layak

  19. saya norirashahiera.. saya ada rekod di JKM.. kenapa saya semak tiada rekod dalam my kasih?? saya seorang ibu tunggal yang menanggung 3 anak 2 lelaki 1 perempuan..

  20. Saya seorang warga johor tapi saya tak dapat bantuan mykasih. Saya sangat terjejas dan sangat memerlukan bantuan untuk sara anak-anak saya

  21. I Saya seorang anak of Johor..selagi I Ada kakak seorang budak kurang upaya.. Kenpah I tkada dapat Bantuan mykasih Johor.

  22. Saya bujang dari seremban negeri sembilan saya x pernah dapat bantuan saya perlukan bantuan ni susah sangat nak dapat

  23. Say ada anak kecil kecil dan suami baru kerha.saya tak dapat bouser rm200.dan orang yang ada kedai dan makanan mewah dah dapat dah bantuan ni 😂

  24. Mama saya selvi A/P Rajoo umur saya 49 tahun umur suami saya 53tahun anak Masih belajar .pekerjaan suami saya pemandu taxi .saya Suri Rumah. sekarang suami saya pendapatan tidak cukup keluarga saya .kenapa takdapat ekasih untuk keluarga saya.sekian terima kasih orang atasan kerajaan kita.

  25. Sya adalah seorang ibu tunggal & penerima BPR tapi nama sya tiada dlm senarai penerima bantuan mykasih, mengapa???

  26. Tolonglah balas emel yang saya tulis bagi pihak rakan2 yang tidak dapat bantuan MyKasih RM200 voucher.
    Harap semua yang layak tetapi tak disenaraikan di MyKasih Johor dapat bantuan yang berpatutan.

  27. Anak johor sejati ada keluarga (anak) sekolah menengah n upu gaji x ssmpai 2k. apa yg diperlukan lagi untuk layak….

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *