BAGAIMANAKAH CARA LOGIN AMONLINE AMBANK?
Jika anda pelanggan kepada AmBank,anda boleh membuat transaksi secara online melalui AmOnline Ambank dengan cara register online banking di amonline.com.my.Kemudian boleh login AmOnline Ambank untuk membuat sebarang transaksi.Contohnya check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.
Anda juga boleh belajar CARA REGISTER PBE PUBLIC BANK ONLINE
PENGENALAN AMBANK
Ambank adalah syarikat perbankan dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kemudahan di Malaysia selain perbankan yang lain.Seperti institusi kewangan yang lain, AmBank juga tidak ketinggalan dalam menyediakan platform online banking bagi memudahkan urusan pelanggan mereka dan pelbagai manfaat dalam setiap transaksi yang dibuat.
Bagi Anda pengguna perkhidmatan perbankan Ambank, ciri perbankan internet Ambank boleh menjadi perkhidmatan terbaik untuk membantu Anda melakukan transaksi.
Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan AmBank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Online Banking AmBank
CARA DAFTAR ONLINE BANKING AMBANK
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara daftar Ambank Online Banking:
- Sila buka laman rasmi https://ambank.amonline.com.my.
- Pada portal rasmi tersebut, tekan butang Login/Register Now.
- Pada laman seterusnya, tekan butang Register.
- Kemudian, pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan yang anda perlu isikan.
- Pada ruangan USERNAME, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Username anda mestilah alphanumeric (mempunyai nombor dan abjad tanpa sebarang jarak). Username anda juga mestilah panjang antara 6-15 aksara.
- Pada ruangan PASSWORD, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda tidak boleh sama dengan username Password anda mestilah panjang antara 8-16 aksara, serta mempunyai huruf besar, huruf kecil dan mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor. Simbol adalah pilihan.
- Pada ruangan CONFIRM PASSWORD, masukkan semula password yang anda telah masukkan di ruangan PASSWORD.
- Kemudian, pilih satu gambar sebagai SECURITY IMAGE untuk akaun anda. Security Image ini penting untuk anda mudah mengesahkan akaun anda semasa anda ingin cuba login ke akaun anda.
- Untuk meneruskan cara daftar Ambank online, tekan Refresh sekiranya gambar-gambar yang tertera anda tidak suka dan inginkan gambar lain.
- Tick √ pada I AGREE WITH THE TERMS & CONDITIONS.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, pilih JENIS AKAUN Masukkan pula nombor akaun anda pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, sahkan pendaftaran akaun online banking anda ini dengan menggunakan PIN/TAC, bergantung pada jenis akaun anda. Sekiranya akaun anda ialah Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Kad Debit/ATM dan Kad Kredit, masukkan nombor PIN.
- Sekiranya akaun anda ialah Akaun Pembiayaan, masukkan nombor TAC.
- Email confirmation akan dihantar ke email Anda, sila buka email tersebut dan klik link confirmation untuk activate.
- Anda berjaya membuat pendaftaran.
CARA LOGIN AMONLINE AMBANK
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login AmOnline Ambank:
- Sila buka laman rasmi https://ambank.amonline.com.my.
- Masukkan username, buat pengesahan pada Security Image yang tertera sama ada milik akaun anda atau tidak
- masukkan password yang anda telah tetapkan untuk akaun anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun online banking AmOnline anda.
SOALAN LAZIM
- Apakah AmSecure?
- AmSecure adalah langkah securiti yang menggantikan SMS TAC untuk pengesahan transaksi online anda. Ia lebih selamat berbanding SMS TAC.
- Bagaimana cara untuk kemaskini no telefon AmOnline?
- Sila hadirkan diri ke cawangan AmBank yang terdekat atau hubungi pusat panggilan 03-2178 8888 untuk mengemaskini nombor telefon anda.
- Apakah DuitNow QR AmOnline?
- DuitNow adalah servis transaksi dana waktu sebenar di mana pemindahan dana boleh dibuat dengan pantas dan mudah. Selain pemindahan melalui nombor akaun, duitNow juga boleh menggunakan ID seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor tentera atau polis, nombor pendaftaran perniagaan atau nombor pasport.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan login AmOnline AmBank, sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: 03-2178 8888
- Emel: [email protected]