LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun)
Adakah dan pengguna e-filling? Sekiranya ya bagaimana jika anda lupa id password e-Filing dan ingin reset kembali untuk dapatkan akaun tersebut?Sebenarnya terdapat 3 cara untuk resetkan kembali ID Password anda. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU e-FILING
Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.
CARA RESET ID PASSWORD e-FILING
Berikut adalah meruppakan cara untuk reset ID Password e-Filing untuk dapatkan semula akaun anda:
Reset ID Password e-Filing Guna Email
Jika anda mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila klik Terlupa Kata Laluan:
- Layari pautan https://ez.hasil.gov.my/CI/
- Klik pada Terlupa Kata Lalaun. Sistem ezHASiL akan memaparkan halaman Terlupa Kata Laluan.
- Masukkan No.Rujukan (No.Pengenalan) dan klik butang Hantar.
- Pilih Jenis Sijil Digital sama ada individu atau organisasi.
- Pilih Medium Set Semula sebagai Kod Pengaktifan Sementara iaitu emel berdaftar dengan LHDN.
- Kata Laluan baharu akan dihantar melalui email yang telah didaftarkan.
- Masukkan Kata Laluan baharu dan ulangi semula Kata Laluan yang sama. Seterusnya, klik butang Hantar. Mesej berjaya akan dipaparkan sekiranya kedua-dua Kata Laluan adalah sama
- Selesai
Reset ID Password e-Filing Guna SMS
Jika anda mempunyai no. telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM, sila rujuk di sini untuk panduan permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS.
- Permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS adalah bagi pengguna MAXIS, Celcom, Digi dan Umobile sahaja.
- Bagi pengguna Individu:
- Taip “HASILEF<jarak>IND<jarak><No Pengenalan>” dan hantarke 38888.
- Contoh : HASILEF IND XXXXXXXXXXXX
- Bagi pengguna Organisasi:
- Taip “HASILEF<jarak>OEF<jarak><No Pengenalan>” dan hantar ke 38888.
- Contoh : HASILEF OEF XXXXXXXXXXXX
- Setiap SMS maklum balas daripada LHDNM akan dikenakan bayaran RM0.50.
Reset ID Password e-Filing Di Cawangan LHDN
Sekiranya tidak dapat reset password melalui email atau SMS, maka anda perlu hadir ke cawangan LHDN untuk reset password.
- Pergi ke mana-mana kaunter LHDN berhampiran anda
- Ambil no giliran dan tunggu sehinggan no anda dipanggil.
- Maklumkan kepada pegawai LHDN tersebut yang anda terlupa kata lalauan e-Filing
- Pegawai tersebut akan membatu anda untu reset kembali ID Password e-hiling anda
- Selesai
MASALAH BERKAITAN LUPA ID PASSWORD E-FILING
Sekiranya anda mempunya masalah berkaitan untuk dapatkan kembali ID Password e-filing anda, anda boleh hubungi HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 (LHDN)
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA
SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)
CARA DAFTAR & GUNA PBTPay(Semak & Bayar Cukai Taksiran/Lesen/Kompaun Online)
lupa password e filing
lupa pasword e filing
Saya lupa password
Maaf saya lupa password saya
maaf saya lupa password