MyAIRLINE CUSTOMER SERVICE(Refund Tiket Aduan)

MyAIRLINE CUSTOMER SERVICE(Cara Refund Tiket & Aduan Pengguna)

Perkhidmatan pengangkutan adalah medium utama untuk kita menuju ke sesuatu tempat. Kapal terbang sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh dengan masa yang singkat. Anda pasti selalu menggunakan perkhidmatan perkhidmatan pernerbangan yang tersedia menggunakan MYAirline. Tetapi bagaimana jika hadapi masalah berkaitan penerbangan anda? Semestinya anda akan cuba hubungi MyAirline Customer Service, semoga membantu.

APA ITU MyAIRLINE

MYAirline Sdn Bhd, dahulunya dikenali sebagai Z9 Elite Sdn Bhd, ialah syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) baharu Malaysia yang ditubuhkan sejak 11 Januari 2021. Syarikat penerbangan kami telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dengan Kelulusan Bersyarat oleh rakyat Malaysia. Suruhanjaya Penerbangan (MAVCOM) pada 1 Januari 2022. Kami kemudiannya berjaya memperoleh Sijil Operator Udara (AOC) permulaan kami daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada 1 Oktober 2022. MYAirline telah diberikan ASL rasmi pada 15 November 2022 oleh MAVCOM kepada mengendalikan armada yang terdiri daripada pesawat Airbus A320-200 dari KLIA2.

PEMAKLUMAN TERKINI MyAIRLINE

MyAirline gantung operasi mereka bermula hari ini, 12 Oktober 2023 sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara. Perkara ini dimaklumkan melalui media sosial MYAirline. Ini adalah kerana tekanan kewangan yang menyebabkan perlu untuk menggantung operasi sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat penerbangan itu.

MYAirline menyatakan bahawa ia akan komited untuk membantu mereka yang terjejas melalui situasi itu dan menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka.

MyAIRLINE CUSTOMER SERVICE HOTLINE

Tiada talian hotline customer service yang tersedia. Para pelanggan boleh menghubungi customer servive menerusi email di [email protected] dan pasukan sokongan MyAirline akan sedia untuk memberikan bantuan.

CARA ADUAN MyAIRLINE CUSTOMER SERVICE

Kepada anda yang hadapi permasalahan akibat penggantungan pengoperasi MyAirline dan ingin membuat tuntutan tiket anda kembali anda boleh emailkan pada pautan berikut:

NOTA: MYAirline masih bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang sudah membeli tiket dengan syarikat penerbangan itu walaupun menggantung operasi penerbangannya.

CARA HUBUNGI MyAIRLINE CUSTOMER SERVICE

Talian dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terjejas untuk pertanyaan dan bantuan berkenaan dengan tempahan mereka menerusi talian pengguna MAVCOM seperti berikut:

CARA TUNTUTAN PEMULANGAN WANG MyAIRLINE

Untuk membantu pelanggan dengan lebih baik, MYAirline akan membuka talian hotline untuk memudahkan lagi perhubungan. Tetapi sehingga kini, masih tiada maklumat berkenaan talian tersebut. Sementara itu, penumpang dinasihatkan untuk menghantar maklumat tempahan (PNR) ke emel [email protected].

TEMPOH PROSES PEMULANGAN WANG MyAIRLINE

MYAirline mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mempercepatkan proses pemulangan wang dan meminta pelanggan untuk bersabar kerana mereka sedang menguruskan lebih 12,000 emel. MYAirline masih perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang sudah membeli tiket walaupun mereka sudah menggantung operasi penerbangan.

TAWARAN DISKAUN AIR ASIA KEPADA PENUMPANG MyAIRLINE TERJEJAS

Kepada para penumpang MYAirline yang terjejas, Air Asia mengumumkan tawaran diskaun istimewa 50% untuk tambang asas secara eksklusif. berikut adalah merupakan penerangan bagi tawaran ini iaitu:
Kelayakan Tawaran Diskaun AirAsia
Para penumpang MYAirline yang terjejas
Tempoh Tawaran Diskaun AirAsia

Tawaran istimewa yang berkuat kuasa 12 Oktober 2023 terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan mulai 12 Oktober hingga 30 November 2023
Laluan Penerbangan Tawaran Diskaun AirAsia

  • Penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau serta Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok.

Cara Tebus Tawaran Diskaun AirAsia

Untuk menebus tawaran ini, penumpang yang terjejas boleh mengemukakan tempahan penerbangan MYAirline mereka yang disahkan di lokasi seperti:

  • Kaunter Jualan AirAsia di KL Sentral di Kuala Lumpur
  • Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  • Lapangan Terbang Tawau
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng
  • Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

TAWARAN DISKAUN BATIK AIR KEPADA PENUMPANG MyAIRLINE TERJEJAS

Batik Air menghulurkan bantuan kepada penumpang MYAirline yang terkandas dalam masa yang mencabar ini. Kami menawarkan tambang tetap istimewa pada laluan terpilih.

Tempoh Tawaran Diskaun Batik Air

  • Penumpang boleh memanfaatkan tambang istimewa ini untuk perjalanan sehala sehingga 30 November 2023 dan tempat duduk adalah tertakluk pada ketersediaan.

Laluan Penerbangan Tawaran Diskaun Batik Air (𝗢𝗻𝗲-𝗪𝗮𝘆 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗙𝗮𝗿𝗲𝘀)

  • Pulau Pinang: MYR 129
  • Langkawi: MYR 159
  • Kuching: MYR 199
  • Bangkok (Don Muang) dan Kota Kinabalu MYR 299

Cara Tebus Tawaran Diskaun Batik Air

  • Penumpang yang terjejas dikehendaki melampirkan salinan tiket MYAirline mereka dan membuat tempahan melalui e-mel di [email protected]

TAWARAN DISKAUN MALAYSIA AIRLINES KEPADA PENUMPANG MyAIRLINE TERJEJAS

Malaysia Airlines ingin menyampaikan Hospitaliti Malaysia kepada semua yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline secara tiba-tiba. Untuk kemudahan anda, kami telah membuka dua kaunter tiket sementara di Terminal 2 KLIA (klia2), terletak di kaunter Z4 dan Z5 di Aras 3, Balai Berlepas.

Penumpang MYAirline dengan keperluan mendesak untuk melakukan perjalanan boleh mengunjungi mana-mana pejabat tiket Malaysia Airlines di Malaysia termasuk kaunter tiket sementara kami yang baru dibuka untuk menempah dan menerima potongan 55% untuk tambang asas tiket ke laluan yang terjejas.

Sila tunjukkan tiket MYAirline anda untuk perjalanan sehingga 30 November 2023.​ Malaysia Airlines di sini untuk membantu anda sampai ke destinasi anda dengan lancar dan selamat.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan semasa MyAirline, anda boleh emrujuk pada saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *