CARA AKTIFKAN MYSJ TRACE ( Kemaskini Aplikasi MySejahtera)
Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 kelak. Oleh itu beberapa perubahan akan turut dilakukan, antaranya adalah dari segi penggunaan aplikasi MySejahtera. Menurut Perdana Menteri, “Pendaftaran kemasukkan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan, tetapi dikecualikan untuk kawasan terbuka yang tidak sesak, dan tiada perhimpunan ramai.“Tambahan pula, MySJ Trace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu ataupun pengunjung”
Bagaimana cara untuk kemaskini/update MySJ Trace dalam aplikasi My Sejahtera? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU MYSJ TRACE
MySJ Trace merupakan salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu.
Pertukaran maklumat ini adalah satu interaksi di antara pengguna MySJ Trace yang membolehkan identifikasi pengguna MySJ Trace yang pernah berada berdekatan dengan seorang lagi individu MySJ Trace yang telah positif COVID-19
MYSJ TRACE MENGGANTIKAN FUNGSI CHECK OUT
Ciri MySJ Trace ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama. Ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.
FUNGSI MYSJ TRACE
- Fungsi ini mengantikan modul daftar keluar / check out dalam aplikasi MySejahtera
- Menggunakan teknologi Bluetooth untuk mengesan kontak rapat kepada kes positif Covid-19
- Fungsi ini hasil kerjasama MOSTI, KKM dan beberapa agensi kerajaan lain
- Turut penuhi keperluan program pemantauan KKM:
- Dikenali sebagai Find, Trace, Test, Isolate & Support (FTTIS)
- Untuk cegah & kawal penularan jangkitan Covid-19
CARA MYSJ TRACE BERFUNGSI
Seseorang yang disahkan positif covid-19 akan diberikan notifikasi bagi dapatkan kebenaran kongsikan maklumat kontak rapat mereka.
- Sekiranya Dibenarkan
- MySejahtera akan memberikan akses kepada KKM
- Bagi menilai risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan
- Sekiranya Tidak Dibenarkan
- KKM tidak akan diberi akses
- Pengesanan kontak rapat akan dilakukan secara manual
- Melibatkan siasatan lanjut maklumat sejarah perjalanan kes & pertemuan dengan individu lain.
CARA KEMASKINI/UPDATE FUNGSI MYSJ TRACE DI MYSEJAHTERA
Untuk mengemaskini MYSJ Trace dalam aplikasi MySejahtera anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi MySejahtera
- Paparan fungsi MySJ Trace akan terpaparkan
- Tekan butang MULA
- Tekan butang SETUJU
- Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace
- Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan
NOTA: Pengguna MySejahtera perlu:
- Aktifkan bluetooth dalam peranti mudah alih sepanjang masa
- Kemaskini aplikasi MySejahtera anda untuk muat turun MYSJ Trace
CARA AKTIFKAN MYSJ TRACE
Untuk aktifkan fungsi MySJ Trace, berikut adalah emrupakan caranya:
- Update MySejahtera Version MySJ Trace.
- Buka MySejahtera dan anda akan melihat bahagian Daftar Masuk MySJ Trace dalam skrin berwarna hitam.
- Klik Setup MySJT Trace untuk memulakan proses setting.
- Klik butang Start dalam skrin penerangan yang awal.Klik butang I Agree untuk memberi kebenaran memberikan “Maklumat interaksi”selama 14 hari yang lalu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk “tujuan pengesanan kontak”.
- Pada bahagian App Permissions, klik Allow button.
- MySejatera akan meminta untuk akses lokasi telefon anda. Klik sahaja While Using The App untuk memberikan kebenaran.
- Seterusnya anda akan ditanya untuk benarkan MySejahtera ketahui lokasi anda pada bila-bila masa. Klik Allow All The Time.
- Anda akan diminta untuk aktifkan Bluetooth
- Akhir sekali klik Close Button.
CARA DISABLE MYSJ TRACE
Sekiranya anda ingin disable fungsi MySJ Trace, berikut adalah merupakan caranya:
- Klik pada bahagian Bluetooth dalam telefon anda
- Seterusnya tarik butang nyahaktif
- Selesai
Nota: Sekiranya anda ingin aktifkan MySJ Trace, hanya aktifkan sahaja Bluetooth.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi mengenai MYSJ Trace, anda boleh layari pautan ini https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
ARTIKEL LAIN
Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Guna MySejahtera / Walk-In
SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT
PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN
Bluetooth on 24jam. Apakah data dalam Fon tidak dicuri???