NOMBOR AKAUN BANK SCAMMER (Cara Semak Online di Portal CCID)
Pada masa kini kejadian penipuan atau scam ini sering berlaku dan amat meluas di serata dunia. Kebanyakkan scam ini terjadi melibatkan proses pembayaran secara bank-in atau transfer online banking.Ini kerana anda tidak bersua muka dengan penjual tersebut dan yang hanya dapat hanya no akaun bank, no telefon dan nama pada akaun bank tersebut. Seharusnya anda hendaklah membuat semakan terlebih dahulu terhadap nombor akuan tersebut. Bagaimana cara untuk membuat semakan Nombor Akaun Bank Scammer? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU SCAMMER
Scammer adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer. Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer.
Scam biasa berlaku keatas urusan yang melibatkan jual beli. Contohnya anda membeli dalam talian. Dimana anda perlu membayar terlebih dahulu untuk mendapatkan barang tersebut. Dengan janji manis barang akan sampai dalama masa 2 hari, anda akan yakin dengan penjual tersebut tanpa membuat usul periksa. Bila tempohnya telah sampai, barang yang anda beli itu tidak sampai-sampai. Biasanya scammer ini amat licik dan susah dikesan disebabkan teknik yang digunakan melibatkan Social Engineering.
CARA SEMAK NOMBOR AKAUN BANK SCAMMER
Pihak PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menyediakan sebuah portal bagi anda semak terlebih dahulu akaun bank milik scammer tersebut. Data ini dikumpulkan oleh pihak PDRM menerusi laporan polis yang dibuat oleh pelapor. Jika anda yang melaporkan kes penipuan berkaitan no akaun bank tersebut, data akan dikeluarkan tetapi jika tidak dilaporkan, data kes tiada dalam rekod.
Untuk membuat semakan terhadap akaun bank tersebut, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan portal CCID di pautan ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- Terdapat dua(2) kategori boleh dibuat semakan iaitu:
- No akaun bank
- No telefon.
- Masukkan salah satu, tetapi lebih digalakkan anda memasukkan no akaun bank penjual tersebut dan tekan Semak Maklumat.
- Sekiranya no akaun yang anda masukkan terdapat rekod yang mempuyai laporan yang dibuat, ini bermakna ianya berkaitan dengan scams.
NOTA: Tidak semestinya no akaun bank atau no telefon yang tidak direkodkan itu adalah akaun yang selamat. Jadi anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati. Sekiranya terdapat keraguan (penipuan), anda dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
ARTIKEL LAIN
epengambilanpdrm.rmp.gov.my:CARA DAFTAR/REGISTER/LOGIN & PERMOHONAN KERJA POLIS
CARA BUAT REPORT POLIS ONLINE(Laporan Polis)
CARA DAFTAR SSO PDRM ONLINE(Semakan Check Saman Polis Trafik)
Masih valid lagi ke link utk check scammer tu?
Bila click, terus kena block
Scammer account
330 324 6477
LAMBOBINA KILANG SOFA SDN BHD
HLB A/C NO. 25901012927 (SYAKINA BINTI SALIM @ LAMBOBINA KILANG SOFA)
SCAMMER UTK SOFA CHESTERFIELD