notification.miti.gov.my:CARA REGISTER CIMS MITI & SURAT KEBENARAN MITI

notification.miti.gov.my : CARA REGISTER CIMS MITI & SURAT KEBENARAN MITI

notification.miti.gov.my CARA REGISTER CIMS MITI & SURAT KEBENARAN MITI

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), surat kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor ekonomi perlu yang dibenarkan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dimohon melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS)

Sehubungan itu, berikut adalah cara untuk mendapatkan surat kelulusan beroperasi melalui portal notification.miti.gov.my.

 

APAKAH SEKTOR TERLIBAT?

Sektor-sektor itu adalah pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (MRS); perdagangan pengedaran termasuk pemborongan, peruncitan dan pengedaran; makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.

Turut disenaraikan adalah komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja); e-dagang dan teknologi maklumat; pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir; dan pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.

 

CARA REGISTER CIMS MITI

Untuk mendaftar, anda perlu melayari portal https://notification.miti.gov.my/ untuk tindakan sanjutnya.

  1. Layari portal rasmi MITI di https://notification.miti.gov.my/
  2. Sebelum memulakan pendaftaran, anda dinasihatkan untuk membaca dan memuat turun Sop Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pautan portal rasmi MKN yang disediakan.
  3. Berikut adalah SOP yang perlu anda ketahui :
  • Prosedur Standard Operasi PKP
  • Prosedur Standard Operasi PKPB
  • Prosedur Standard Operasi PKPP
  • Prosedur Standard Operasi PKPD
  1. Setelah selesai, sila klik pada kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
  1. Isikan maklumat berikut:
    • Masukkan Nama Penuh
    • Masukkan Email
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan
    • Pilih dan isikan maklumat salah satu sahaja:
  1. No Lesen Pengilang
  2. No Pendaftaran SSM
  • No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
  1. Tekan Daftar
  2. Jika berjaya, anda akan melihat paparan Dashboard CIMS 3.0
  3. Anda juga akan menerima surat Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI
  4. Buat juga SEMAK STATUS MITI 

 

CARA PRINT SURAT KEBENARAN CIMS MITI

Selepas anda berjaya login, ikuti panduan untuk print surat kebenaran:

  1. Pastikan anda sudah berjaya LOGIN MITI melalui https://notification.miti.gov.my
  2. KlikBorang Notifikasi di sebelah kiri dan klik pada Notifikasi Beroperasi. Setelah itu klik Daftar Notifikasi Baru di sebelah kanan atas.
  3. Lengkapkan semua maklumat seperti yang diminta menggunakantemplate Microsoft Excel
  4. Isikan senarai pekerja seperti dalamtemplate Microsoft Excel yang disediakan yang mengandungi:
    • Company Name
    • Company Registration No
    • Workers Name
    • Nationality
    • IC / Passport No
  5. Jika anda gagal mengikut format yang ditetapkan, permohonan akan ditolak
  6. Seterusnya, di bahagian bawah sekali, muat naik dokumen senarai pekerja. TekanChoose file dan muat naik fail Microsoft Excel tadi.
  7. Pastikan anda menekan butangSimpan & Terus / Save & Exit
  8. Pastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat
  9. Klik pada kotak di bahagianAKUJANJI / PENGESAHAN
  10. Tekan butangHantar Notifikasi / Submit Notification
  11. Sekiranya berjaya, akan keluar paparan BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN / REQUIRE FORM TO OPERATE DURING MOVEMENT CONTROL ORDER
  12. Tekan butangKembali / Backuntuk buat semakan permohonan yang dihantar tadi
  13. Keputusan untuk permohonan akan dipaparkan dan tekan butangPaparuntuk print borang kebenaran.

 

SOALAN LAZIM

Perlukah saya memohon kebenaran untuk beroperasi daripada MITI melalui sistem pangkalan data CIMS sepanjang PKP 3.0?

Syarikat di bawah Sektor Ekonomi wajib memohon surat kelulusan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 melalui pautan https://notification.miti.gov.my. Bagi syarikat sudah tersedia berdaftar di CIMS,

syarikat hanya perlu memuat turun surat kelulusan daripadsa CIMS. Bagi pendaftaran baru, syarikat boleh mendapatkan maklumat di laman web MITI.

 

Perlukah saya mengemaskini senarai pekerja yang pernah diisytiharkan sebelum ini di dalam CIMS?

Perlu. Syarikat perlu mengemaskini sekiranya terdapat perubahan senarai pekerja melalui CIMS menggunakan template yang disediakan dalam sistem CIMS.

 

Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh pekerja Sektor Ekonomi sebagai pengesahan kebenaran bertugas?

Pekerja syarikat Sektor Ekonomi adalah wajib membawa bersama sesalinan surat pengesahan pendaftaran CIMS yang terkini dan pas pekerja ATAU surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan antara kediaman dan tempat kerja.

 

 

UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan PKP bagi Sektor Ekonomi boleh diajukan melalui Hotline : 03-6208 4949 atau emelkan ke [email protected] (pertanyaan am) / [email protected] (aduan ketidakpatuhan SOP) / [email protected]
(isu teknikal CIMS)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *