BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR PBE BANK ONLINE BANKING?
Dengan kecanggihan teknologi terkini, perkhidmatan online banking amat menggalakan. Ini kerana ianya lebih mudah dan lebih praktikal yang boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.Sekiranya anda pelaggan kepada Public Bank, semestinya anda hars daftar online banking yang dikenali Pbe Bank pbebank.com . Bagaimana cara daftar bagi pengguna kali pertama? Disini kami kongsikan caranya, semog membantu.
APA ITU PBe BANK
Pbe Bank adalah sebuah portal online yang membolehkan kita membuat pindahan wang,pembayaran, pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk urusan pembayaran bill dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu memiliki akaun Pbe Bank anda terlebih dahulu perlu memiliki akaun Public Bank yang masih aktif.
DOKUMEN YANG PERLU DAFTAR PBE BANK ONLINE BANKING
Untuk pendaftaran kali pertama, anda hendaklah sediakan:
- Nombor kad debit/kredit
- PIN kad debit/kredit
- Telefon nombor yang telah didaftarkan
CARA DAFTAR PBE BANK ONLINE BANKING (Pendaftaran Kali Pertama pbebank.com)
Daftar Nombor Telefon Pbe Bank (Pendaftaran Kali Pertama)
Untuk pendaftaran kali pertama, anda seharusnya daftar telefon untuk penerimaan PAC di mesi ATM terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Pergi ke mana-mana mesin Automated Teller Machine (ATM) yang berhampiran anda untuk mendaftar servis PBe.
- Pada mesin ATM, pilih OTHER SERVICES.
- Kemudian pilih Register Internet Banking dan tekan Continue.
- Seterusnya masukkan nombor telefon anda untuk mendapatkan resit untuk PBe Authentication Code (PAC).
- Kemudian masukkan kod PIN enam digit yang anda mahu gunakan untuk akaun PBebank anda.
- Pendaftaran anda berjaya. Ambil semula kad anda dan slip cetakan untuk rujukan pendaftaran onlone banking.
Daftar Pbe Bank Online pbebank.com (Pendaftaran Kali Pertama)
Setelah anda daftarkan nombor telefon di mesin ATM, berikut adalah merupakan cara daftar akaun PBE Bank anda:
- Layari pautan Pbe Bank: https://www.pbebank.com/
- Pada menu utama klik pada Login > Pbe
- Seterusnya klik pada Register
- Klik pada Register with your ATM / Debit Card / Credit Card
- Pada bahagian Identification, anda dikehendaki mengisi:
- No Kad Debit Public Bank anda
- No Pin 6 angka
- No Kad Pengenalan anda
- Masukkan Kod Security yang tertera
- Tick pada terma dan syarat dan klik pada Next
- Pada bahagian Creation, lengkapkan:
- New User ID, masukkan ID baru yang anda ingin gunakan
- New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan
- Confirm New Password, masukkan sekali lagi password anda.
- Memorable Question, pilih soalan yang anda inginkan
- Memorable Answer, masukkan jawapan anda untuk soalan tersebut.
- Personal Login Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa pendek yang anda ingin gunakan sebagai pengesahan untuk akaun anda.
- Email Address (Optional), masukkan alamat emel anda.
- Setelah lengkap semuanya klik pada Submit.
- Pada bahagian Authentication
- sahkah maklumat anda, klik pada request PAC
- Masukkan kod PAC yang diterima melalui no telefon yang telah anda daftarkan
- Kemudian Klik Submit
- Pada bahagian Complication, pendaftaran anda telah berjaya.
- Anda boleh kembali untuk Login akaun Pbe Bank anda klai pertama
CARA LOGIN PBE BANK pbebank.com (Kali Pertama)
Seteleh selesai proses pendaftaran akuan Pbe Bank anda, berikut adalah cara Login kali pertama:
- Layari pautan Pbe Bank: https://www.pbebank.com/
- Pada menu utama klik pada Login > Pbe
- Masukkan User Id anda kemudian tekan Next
- Personal Login Phrase akan terpapar. Sekiranya ia milik anda, tekan pada Yes
- Kemudian masukkan Kata Laluan anda dan klik Login
- Anda telah berjaya log masuk akaun Pbe Bank anda kali pertama.
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)
CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)
CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK
Semak payslip online bulanan 2921