BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR SOCSO PEKERJA DOMESTIK PERKESO?
Pekerja domestik PERKESO akan dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2021. Seorang pekerja domestik yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan diambil bekerja bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan sama ada di dalam atau di luar rumah kediaman itu akan dilindungi.
KATEGORI PEKERJA DOMESTIK
Pekerja domestik terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
(a) Pekerja domestik dengan status
- warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad;
- bukan warganegara Malaysia berstatus penduduk tetap dan mempunyai MyPR
- bukan warganegara Malaysia berstatus penduduk sementara dan mempunyai MyKAS; atau
(b) Pekerja domestik asing
- Pekerja bukan warganegara Malaysia yang mempunyai dokumen
- perjalanan yang sah serta memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara
- (PLKS) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk bekerja di Malaysia.
SYARAT PEKERJA DOMESTIK PERKESO
- Warganegara / pemastautin tetap (PR) / pemastautin sementara (TR)
- Warganegara asing dengan dokumen perjalanan yang sah
SYARAT MAJIKAN
- Majikan warganegara Malaysia
- Majikan warganegara asing boleh menggajikan pekerja warganegara Malaysia sahaja
KADAR CARUMAN YANG PERLU DIBAYAR OLEH MAJIKAN DAN PEKERJA
Kadar caruman yang perlu dibayar adalah sebagaimana ditetapkan pada Jadual Ketiga, Akta 4 dan Jadual Kedua, Akta 800 ataupun boleh dirujuk di pautan www.perkeso.gov.my.
CARA REGISTER PENDAFTARAN PEKERJA DOMESTIK PERKESO
- Muat turun borang di https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html
- Isi maklumat lengkap pada borang
- Kemukakan dokumen yang diperlukan
- Anda boleh pergi ke mana-mana pejabat socso yang berdekatan bersama borang dan dokumen yang perlu disertakan semasa membuat pendaftaran
DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN PEKERJA DOMESTIK PERKESO
Majikan & pekerja perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:-
(i) Borang Pendaftaran ID Portal
(ii) Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan)
(iii) Borang Pendaftaran Pekerja Domestik
(iv) Salinan Kad Pengenalan / Pasport terkini Majikan
(v) Salinan Kad Pengenalan / Pasport terkini Pekerja Domestik
Manakala bagi pendaftaran majikan baharu di bawah Akta 800, setiap majikan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:-
(i) Borang SIP1 (Borang Pendaftaran Majikan)
(ii) Borang SIP2 (Borang Pendaftaran Pekerja)
SOALAN LAZIM FAQ
Adakah alamat bekerja pekerja domestik asing yang didaftarkan di portal ASSIST mesti mengikut alamat di Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)?
Ya. Alamat bekerja pekerja domestik asing yang didaftarkan di portal ASSIST hendaklah mengikut alamat di PLKS.
Adakah kontrak perkhidmatan bertulis di antara majikan dan pekerja domestik perlu dikemukakan semasa proses pendaftaran?
Kontrak perkhidmatan bertulis tidak perlu dikemukakan semasa proses pendaftaran. Walau bagaimanapun, majikan perlu mengesahkan sama ada 10 wujudnya kontrak perkhidmatan secara bertulis atau lisan di dalam Borang Pendaftaran Pekerja Domestik yang boleh dilakukan melalui portal ASSIST. Sekiranya kontrak perkhidmatan adalah berbentuk lisan, skop kerja perlu dinyatakan dalam Borang Pendaftaran Pekerja Domestik.
Bolehkah majikan menamatkan perkhidmatan pekerja domestik walaupun semasa dalam tempoh cuti sakit?
Majikan boleh memberhentikan pekerja domestik sekiranya mereka mengalami cuti sakit terus-menerus selama empat hari atau lebih.
Sekiranya pekerja domestik mengalami kecederaan akibat terlibat dengan kegiatan jenayah, adakah mereka dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja, Akta 4?
Tidak, pekerja domestik tersebut adalah tidak layak untuk mendapat perlindungan dan faedah di bawah Skim Bencana Kerja, Akta 4.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang PEKERJA DOMESTIK PERKESO, sila hubungi nombor Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau layari laman web rasmi PERKESO di www.perkeso.gov.my atau e-mel kepada [email protected]
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN
JAMINKERJA PERKESO(Permohonan & Semakan Jamin Kerja Keluarga Malaysia)
CHECK NOMBOR SOCSO:SEMAKAN NOMBOR AHLI PERKESO
assist.perkeso.gov.my:Cara Daftar Login Guna(Caruman & Bayaran Online)
SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO(Cara Buat Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19)
PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)
CLAIM DUIT SOCSO 2021:CARA TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian,Kemalangan,Accident,Cacat)