Pembayaran STR Fasa 4(Bila Masuk Duit)
STR ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, dan warga emas tiada pasangan. Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh pembayaran STR bagi tahun 2024, semoga membantu.
Belanjawan 2024 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa
Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan
- Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
- Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
Jumlah Pembayaran STR Fasa 4 2024
Pembayaran bagi setiap fasa akan melibatkan jumlah seperti berikut:
KATEGORI | PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM | BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN STR | |||
FASA 1 | FASA | FASA 3 | FASA 4 | ||||
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 ke bawah | RM1,000 | 0 | RM500 | RM150 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini |
RM1,500 | 1-2 | RM500 | RM300 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini | ||
RM2,000 | 3-4 | RM500 | RM500 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini | ||
RM2,500 | 5 dan lebih | RM500 | RM500 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini | ||
RM2500 – RM5000 | RM500 | 0 | RM100 | RM100 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini | |
RM750 | 1-2 | RM150 | RM200 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini | ||
RM1,000 | 3-4 | RM250 | RM250 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini | ||
RM1,250 | 5 dan lebih | RM300 | RM300 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini | ||
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) | RM5000 ke bawah | RM600 | 0 | RM150 | RM150 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini |
Bujang (21-59 tahun) | RM2500 ke bawah | RM350 | 0 | RM100 | RM100 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini |
Bujang OKU (19-59 tahun) | RM2500 ke bawah | RM350 | 0 | RM100 | RM100 | Akan Dikemaskini | Akan Dikemaskini |
Semakan Status Pembayaran STR Fasa 4 2024
Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Tarikh Bayaran STR FASA 4
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2024.
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 iaitu:
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Bila Duit STR Fasa 4 2024 Masuk Bank
Proses pembayaranSTR ini akan dikreditkan seperti berikut:
- Ada Akaun – Pengkreditan mulai November 2024 secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembayaranSTR Fasa 1 2024, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Artikel Lain
- PERMOHONAN SEMULA RAYUAN STR(Kenapa Tak Lulus & Kod)