BAGAIMANAKAH CARA BUAT PEMERIKSAAN e-HAILING PUSPAKOM?
Kepada pemandu daripada syarikat e-Hailing semestinya kena buat pemeriksaan eHailing PUSPAKOM . Disini kami akan kongsikan cara membuat pemeriksaan, dokumen diperlukan dan kos.
APA ITU PEMERIKSAAN e-HAILING PUSPAKOM
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah DRB-HICOM. Penubuhannya bertujuan untuk menjalankan proses pemeriksaan kenderaan bagi pihak kerajaan terutamanya melibatkan proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersial dan persendirian.
KEKERAPAN PEMERIKSAAN e-HAILING
Berikut adalah merupakan kekerapan pemeriksaan PUSPAKOM:
- Pemeriksaan Berkala Pertama
- Wajib bagi kenderaan yang telah mencapai usia kenderaan
- CKD – daripada tarikh didaftarkan di JPJ
- CBU – daripada tahun dibuat oleh pengeluar kenderaan
- Ingin mendaftar dengan pihak JPJ/APAD/LPKP sebagai E-Hailing untuk kenderaan yang berusia lebih 3-10 tahun.
- Dilakukan sekali sahaja bagi tujuan pendaftaran di JPJ
- Wajib bagi kenderaan yang telah mencapai usia kenderaan
- Pemeriksaan Berkala
- Perlu dilakukan bagi kenderaan e-hailing yang berusia 3 tahun
- Telah berdaftar dengan JPJ/APAD/LPKP sebagai kenderaan e-hailing semasa kenderaan berusia 3 tahun.
- Dilakukan setiap 12 bulan.
- Pemeriksaan Berkala Semula
- Bagi kenderaan yang Gagal pemeriksaan berkala.
- Perlu hadir pemeriksaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Gagal
KADAR HARGA PEMERIKSAAN e-HAILING
Berikut adalah merupakan kadar harga pemeriksaan yang dikenakan mengikut jenis pemeriksaan iaitu:
- Berkala Pertama : RM70
- Berkala : RM55
- Semula : RM25
- Khas : RM25
- Arahan Pihak Berkuasa : RM35
- Pemeriksaan Sukarela : RM50
Nota: Fi Pemeriksaan tertakluk kepada 6% Cukai Perkhidmatan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan bagi pemeriksaaan PUSPAKOM:
- Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal) / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) atau;
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan / Salinan VOC yang disahkan oleh JPJ atau;
- Butiran Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
- Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)
PANDUAN PEMERIKSAAN E-HAILING PUSPAKOM
Berikut adalah merupakan panduan cara pemeriksaan PUSPAKOM:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Cara Buat Pemeriksaan e-Hailing , anda boleh:
- Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM: 03-5101 7000
- e-mel: [email protected]
- Live Chat di mypuspakom.com.my
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN STATUS UJIAN PSV ONLINE(CHECK KEPUTUSAN PEMANDU E-HAILING)