SPPMTD 2024(Cara Daftar Permohonan Tentera Darat Online)

Utama / SPPMTD / SPPMTD 2024(Cara Daftar Permohonan Tentera Darat Online)

SPPMTD(Cara Daftar Permohonan Tentera Darat Online)

 

Adakah anda merupakan seorang warganegara lepasan SPM dan ingin menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 196 / 2022 lelaki atas talian akan dibuka. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.

 

TARIKH PERMOHONAN SPPMTD

Tarikh Pendaftaran Atas Talian dibuka mulai 1 Julai 2022 dan Tarikh Tutup Permohonan pada 31 Julai 2022.

 

SYARAT ASAS PERMOHONAN SPPMTD

Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan yang ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
  3. Penglihatan –
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

 

SYARAT FIZIKAL

    • Tinggi 1.62m (minimum)
    • Berat 47.5 (minimum)
    • BMI 18.0 – 26.0

    KELAYAKAN TAMBAHAN

    • Kelebihan mempunyai sijil / kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi
    • Pencapaian sukan peringkat Negeri dan boleh bermain alat muzik / pancaragam
    • Kelebihan dalam penguasaan Bahasa Asing

 

KELAYAKAN AKADEMIK

Mempunyai sijil SPM / SPVM dan setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki Kepujian:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

 

CARA PERMOHONAN

Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.

Pautan Permohonan Atas Talian:

  • Isi Permohonan: https://mims.mod.gov.my
  • Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
  • Panduan Permohonan: https://army.mil.my/…/iklan-pengambilan/panduanpermohonan
  1. Pautan Permohonan akan mula dibuka mulai 16 Januari atau 17 Januari sehingga tarikh tutup.
  2. Sila sediakan dokumen yang diperlukan.
  3. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran
  4. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
  5. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.

CARA PENDAFTARAN

1. Tekan (klik) pautan (link) seperti berikut:

  • Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
  • atau
  • Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/

2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:

  • NAMA PENUH
  • NO KAD PENGENALAN
  • JANTINA
  • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
  • EMAIL (Aktif)
  • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
  • Tekan (Click) DAFTAR
  • (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)

3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).

4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.

5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.

6. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.

 

SKIM GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
ELAUN
  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elauan Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan

 

 

MAKLUMAT LANJUT

TENTERA DARAT MALAYSIA
Markas Tentera Darat, Sekretariat Tentera Darat,
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR

 

ARTIKEL LAIN 

REGISTER LOGIN KOPERASI TENTERA(KT) 

E-PENGAMBILAN TUDM :CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

CARA DAFTAR KAD VETERAN ATM (Semak Status Permohonan)

RUMAH MAMPU MILIK ATM:SYARAT MOHON, BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI

21 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *