CARA KELUARKAN WANG AKAUN FLEKSIBEL KWSP KE AKAUN BANK
Kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini KWSP telah memperkenalkan akaun 3 KWSP yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel. Semestinya anda ingin mengetahui cara untuk permohonan pengeluaran akaun 3 KWSP ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat mengenai akaun ini, semoga membantu.
APA ITU AKAUN 3 KWSP
Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP
Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.
SEDIA ADA | DIJENAMAKAN SEMULA | PERATUS PECAHAN | KETERANGAN |
Akaun 1 | Akaun Persaraan | 75% | Menjamin Sumber pendapatan selepas bersara |
Akaun 2 | Akaun Sejahtera | 15% | Memenuhi keperluan kehidupan dan nikmat kualiti pra-pesaraan yang selesa |
Akaun 3 (Baharu) | Akaun Fleksibel | 10% | Menyediakan fleksibiliti untuk keperluaan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan |
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP
Untuk makluman anda, berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan
- Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
- Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.
CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP
Kepada anda yang ingin membuat pengeluaran akaun 3 KWSP (Akaun Flexible), berikaut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi KWSP i-Akaun dan log masuk ke akaun anda
- Seterusnya klik pada Pengeluaran > Keluarkan simpanan anda
- Kemudian Pilih jenis pengeluaran anda dan klik Akaun Fleksibel
- Paparan akan menunjukkan jumlah yg boleh dikeluarkan yang tertera di bahagian kanan atas seperti “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
- Untuk mengeluarkannya, klik pada Keluarkan Sekarang
- Selepas memohon pengeluaran, tunggu kelulusan dan duit akan dikreditkan selepas 7 hari (bekerja) permohonan kita diluluskan.
- Anda boleh mengeluarkan sehingga had maksimum harian iaitu RM250.
BAGAIMANA JIKA TIDAK MENERIMA TAC SEMASA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP?
Sekiranya anda update applikasi KWSP dan tidak menerima no TAC, maka layarilah link di bawah untuk membuat permohonan PINDAHAN atau PENGELUARAN:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara pengeluaran akaun 3, anda boleh merujuk melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:
- Laman web rasmi KWSP
- Facebook rasmi KWSP
- Talian Hotline KWSP: 03-8922 6000
ARTIKEL LAIN:
- e-KYC KWSP(Cara Buat Mendaftar i-Akaun)
- CARA CARUM KWSP SENDIRI (Guna i-Akaun)