PERMOHONAN FASA KEDUA PERANTISISWA 2022 (Cara Login & Daftar perantisiswa.kkmm.gov.my)
Kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dari golongan B40, anda kini boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PERMOHONAN PERANTISISWA
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA FASA 2
Permohonan PerantiSiswa mula dibuka pada 1 Ogos hingga 30 September
SYARAT KELAYAKAN PERANTISISWA (perantisiswa.kkmm.gov.my)
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:
- Mahasiswa warganegara Malaysia
- Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
- Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
- Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.
JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTISISWA
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.
CARA PERMOHONAN PERANTISISWA (perantisiswa.kkmm.gov.my)
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi Perantisiswa KKMM
- Anda boleh merujuk Manual Pengguna Perantisiswa
NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
CARA SEMAKAN STATUS PERANTISISWA (perantisiswa.kkmm.gov.my)
Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
TARIKH PENERIMAAN INISIATIF PERANTISISWA
PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022. Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu
- Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
- Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022. Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
TERMA & SYARAT PENERIMA PERANTISISWA
Berikut adalah merupakan terma dan syarat bag penerima
- Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
- Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
- Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
- Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
- Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
- menamatkan pengajian;
- berhenti pengajian;
- dibuang pengajian;
- menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
- melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
- Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
- Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
- Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
- Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
- Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
- Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
- Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
- Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
SOALAN LAZIM (FAQ) PERANTISISWA
Adakah Tablet diberi terus kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa?
- Kerajaan bersetuju untuk memberi terus tablet berjenama terkenal kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Pemberian peranti ini sebagai penghargaan, sekali gus diharap menjadi pemangkin untuk penerimanya belajar bersungguh-sungguh sehingga meraih keputusan cemerlang.
Apakah jenama tablet Inisiatif PerantiSiswa?
- Kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini beserta sebuah papan kekunci (Smart Keyboard Trio 500), sebuah stylus pen dan Book Cover.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Perantisiswa, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Perantisiswa
ARTIKEL LAIN
PAKEJ PERANTISISWA 2022 (BANTUAN TABLET PERCUMA UNTUK PELAJAR IPT B40)
MCM mana cara nye hendak memohon