CARA POS HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG(Semak Harga & Dokumen)
Sekiranya anda ingin pos kereta ke Sabah Sarawak dan juga ke Semenanjung semestinya anda ingin menyemak dahulu harga dan dokumen yang diperlukan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
JENIS PERKHIDMATAN POS KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG
Berikut adalah merupakan jenis perkhidmatan yang ditawarkan untuk pos kereta:
- Port to Port (penghantaran antara pelabuhan)
- Door to Door (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)
- Door to Port (dari rumah & hantar ke pelabuhan)
- Port to Door (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)
PERSEDIAAN SEBELUM POS KERETA SABAH SARAWAK SEMENANJUNG
Berikut adalah persediaan yang anda harus lakukan sebelum pos kereta:
- Penggunaan Kontena Atau Roro (Iaitu kargo kereta ke Sabah dan Sarawak serta Semenanjung)
- Pertanyaan Kos Penghantaran Kenderaan
- Proses Untuk Penyediaan Surat Perlepasan (Jika kenderaan masih terikat dengan bank)
- Permohonan Surat Perlepasan Bank
- Dokumen Yang Perlu Dilampirkan
- Pemeriksaan Kenderaan Sebelum Dihantar
CARA PERMOHONAN SURAT PELEPASAN DARI BANK (Consent Letter)
Sekiranya kenderaan anda masih terikat dengan bank, berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan untuk mendapatkan surat pelepasan:
- Salinan kad pengenalan
- Surat dari syarikat kargo (dapatkan dari syarikat kargo pilihan anda)
- Quotation
- Surat permohonan untuk menghantar kenderaan.
DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK POS HANTAR KERETA
Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan untuk pos kereta anda:
- Surat Pelepasan dari Bank consent letter (sekiranya berkaitan)
- Salinan Geran Kereta
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kereta
CARA POS KERETA SABAH SARAWAK SEMENANJUNG
Berikut adalah merupakan langkah untuk pos kereta anda:
- Cari syarikat yang uruskan penghantaran.
- Proses ni adalah untuk memastikan kita dapat harga yang sesuai.
- Dapatkanlah beberapa syarikat untuk membandingkan harga yang memuaskan hati disamping servis yang terbaik.
- Ada yang guna kontena, ada yang guna Ro Ro (Roll on Roll off).
- semak harga atau kos penghantaran atau pos kereta ni mestilah yang rendah dan berpatutan.
- Dapatkan sebut harga untuk kos penghantaran kereta
- Pastikan ada sediakan maklumat ini untuk dapatkan quatation:
- Nombor kereta
- Jenis Kereta
- Alamat anda
- Pastikan ada sediakan maklumat ini untuk dapatkan quatation:
- Serahkan segala dokumen yang diperlukan oleh syarikat penghantaran
KADAR HARGA POS KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG
- Harga penghantaran kereta keSabah Sarawak Semenanjung biasanya bergantung pada:
- Jenis kenderaan
- Saiz kenderaan
- Perhidmatan yang dipilih
- Destinasi dipilih
- Harga penghantaran kereta tidak sama antara syarikat berlainan dan harga ini boleh berubah mengikut musim.
- Pastikan anda untuk menyemak harga dari masa ke masa di laman web syarikat yang dipilih.
- Biasanya kos penghantaran telah merangkumi caj-caj tambahan seperti polisi insurans, pelepasan kasta
ARTIKEL LAIN
POS MOTOR GUNA ( J&T / KTM / POS LAJU / BAS EKSPRESS / GDEX / 4X4)