Permohonan Pendaftaran Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Sempena bulan kebangsaan 2023 ini, Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan. Tetapi bagi penjawat awam, melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan terdapat dua pakej telekomunikasi lebih murah diperkenal iaitu Pakej 5G Rahmah Dan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam. Disini kami kan kongsikan kepada anda mengenai pakej yang tersedia ini.

APA ITU POSTPAID RAHMAH PENJAWAT AWAM

Sebagai menghargai penjawatawam, Insentif Postpaid RAHMAH PenjawatAwam telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui kenyataan media pada 7 Ogos 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital, memaklumkan pakej tersebut yang diperkenalkan sempena Bulan Kebangsaan merupakan pakej perkhidmatan internet yang lebih murah berbanding yang tersedia dalam pasaran

KELEBIHAN POSTPAID RAHMAH PENJAWAT AWAM

Berikut adalah merupakan antara kelebihan pakej ini kepada penjawat awam iaitu:

  • Semua penjawat awam layak untuk mendapatkan pemberian rebat RM10 sebulan.
  • Penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun.
  • Insentif ini adalah terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada.

TARIKH PERMOHONAN POSTPAID RAHMAH PENJAWATAWAM

  • Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.

CARA PERMOHONAN POSTPAID RAHMAH PENJAWATAWAM

Sebarang maklumta lanjut mengenai permohonan pakej ini akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta telco yang terlibat.

KELEBIHAN POSTPAID TEKNOLOGI 5G

5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Teknologi ini merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G. Akan tetapi teknologi 5G mempunyai keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi sebelumnya.

Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih. Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Postpaid Rahmah PenjawatAwam ini, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *