HARGA RAWATAN AKAR GIGI (Check Klinik Kerajaan & Swasta)
Adakah gigi anda mempunyai masalah akar gigi? Sekiranya Ya, anda boleh cuba membuat rawatan akar gigi. Di sini kami akan kongsikan kadar harga rawatan di klinik Kerajaan dan Swasta bagi tahun 2024, semoga membantu.
APA ITU RAWATAN AKARGIGI
Rawatanakar (rawatan endodontik) adalah satu rawatan alternatif bagi gigi yg rosak dimana tisu pulpa telah dijangkiti kuman dan tidak dapat diselamatkan lagi. Rawatan ini khususnya bertujuan untuk mengekal gigi tersebut di dalam mulut dan kembali berfungsi.
KENAPA PERLU RAWATAN AKARGIGI
Terdapat beberapa tanda dan gejala yang menyebabkan anda perlu untuk menjalani rawatan akargigi iaitu:
- Kesakitan yang teruk apabila mengunyah atau menggigit.
- Gigi retak atau patah.
- Kepekaan berlarutan terhadap objek panas atau sejuk.
- Sakit atau gusi bengkak.
- Gigi hitam.
HARGA RAWATAN AKAR GIGI KLINIK SWASTA
Berikut adalah merupakan kadar harga bagi klinik pergigian swasta:
No | Jenis Rawatan Akar Gigi | Harga |
1 | Rawatankanal akar (gigi hadapan) | RM600-RM800 |
2 | Rawatankanal akar (gigi belakang) | RM800-RM1,800 |
NOTA: Kadar harga mungkin berbeza bergantung pada Klinik Swasta setiap kawasan yang anda kunjungi
HARGA RAWATAN AKAR GIGI KLINIK KERAJAAN
Berikut adalah merupakan kadar harga bagi klinik pergigian kerajaan:
No | Jenis Rawatan | Kelas Satu (RM) | Kelas Dua (RM) | Kelas Tiga (RM) | Pesakit Luar (RM) |
1 | Rawatan kanal akar (gigi hadapan) | RM75 | RM60 | Percuma | RM4 |
2 | Rawatankanal akar (gigi belakang) | RM150 | RM115 | Percuma | RM4 |
Nota: Untuk mengetahui kadar harga atau caj yang dikenakan di klinik pergigian kerajaan, anda boleh merujuk ke klinik pergigian terdekat atau merujuk website rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia
KESAN RAWATAN AKARGIGI
Berikut adalah merupakan kesan sampingan yang ada jika membuat rawatan ini:
- Tiada jaminan bahawa rawatan akar seratus peratus akan berjaya seperti:
- Jalur akar tidak boleh dibersihkan sepenuhnya.
- Terdapat halangan akar yang tidak dapat dijumpai (Terusan Hilang), kerana ia terlalu kecil atau disebabkan oleh kehadiran “Batu” pada saraf (Pulp Stone).
- Alat (fail Endo yang kelihatan seperti jarum) yang digunakan boleh dipecahkan di saluran akar. Ini boleh berlaku dalam kes 2.6% dan lebih biasa pada gigi di bahagian atas rahang dan pada akar berpintal.
- Perforasi atau alat meresap dari gigi juga boleh digunakan untuk 4% pesakit.
- Pesakit perlu datang beberapa kali untuk mendapatkan rawatan dan tempoh rawatan yang panjang akan menyebabkan rahang pesakit sedikit diturunkan.
- Gigi Boleh Menjadi Rapuh Dan Mudah Patah Selepas RawatanAkar.
- Gigi Boleh Berubah Warna Menjadi Sedikit Gelap.
ARTIKEL LAIN
SENARAI HARGA CROWN GIGI MALAYSIA TERKINI (Check Klinik Kerajaan & Swasta)
bilakah saya boleh membuat temu janji? saya ada masalah gusi bernanah dan mulut berbau harap boleh tolong saya.