CARA CHECK REFUND PTPTN BERAPA LAMA
Kebanyakkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuat pinjaman PTPTN. Semestinya anda akan membuat kembali abyaran pinjaman tersebut. Tetapi sekiranya anda membuat lebihan bayaran, semestinya anda ingin mengetahui cara untuk refund kembali bayaran PTPTN tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan status lebih bayaran dan juga untuk refund kembali lebihan bayarab PTPTN tersebut, semoga membantu.
APA ITU LEBIHAN BAYARAN PTPTN
Semakan lebihan bayaran balik adalah merupakan jumlah lebihan yang telah dibayar oleh peminjam PTPTN yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman tersebut-
CARA SEMAKAN LEBIHAN BAYARAN PTPTN
Kepada anda yang telah membuat pembayarn penuh dan ingin membuat semakan status lebih bayaran, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari puatan Semakan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman (Refund)
- Masukkan No Kad Pengenalan anda dan klik pada simbol Search
- Paparan akan menunjukkan akaun PTPTN anda yang terlebih bayar
- Sekiranya anda tiada lebihan bayaran, paparan akan menunjukkan ‘Anda tiada lebihan bayaran / maklumat tiada dalam rekod.’
CARA REFUND BAYARAN PTPTN ONLINE
Sekiranya anda ingin membuat permohonan refund balik lebihan bayaran PTPTN anda, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari puatan Semakan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman (Refund)
- Masukkan No Kad Pengenalan anda dan klik pada simbol Search
- Paparan akan menunjukkan akaun PTPTN anda yang terlebih bayar klik pada Mohon
- Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap. Pastikan maklumat yang diisi seperti no akaun bank (sekiranya memilih cara bayaran kredit ke akaun bank) adalah tepat kerana setelah menghantar permohonan tiada lagi kemas kini dibenarkan.
- Setelah selesai klik pada Mohon. Paparan akan menunjukkan ‘Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses’
- Selesai, tunggu duit refund termasuk ke dalam akaun anda
TEMPOH PROSES REFUND PTPTN
Untuk makluman anda, proses permohonan refund dijangka mengambil masa 14 hari bekerja dari permohonan dibuat
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara refund lebihan bayaran PTPTN, anda boleh melayari portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau dengan menghubungi care line PTPTN di talian 03-2193 3000
ARTIKEL BERKAITAN:
- GERAN SEPADAN PTPTN(Cara Daftar Apply Insentif Sehingga RM10000)
- PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA:CARA PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS
- SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)