REGISTER LOGIN MyASNB(SEMAKAN PENYATA AKAUN ASB ONLINE)
Kepada pelanggan ASB,pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mewudjudkan portal yang membantu para pelabur Amanah Saham Bumiputra (ASB) untuk menyemak terus penyata akaun / baki duit di dalam akaun ASB. Selain itu ia menambah fungsi penambahan modal pelaburan secara online.Portal tersebut dinamakan sebagai MyASNB. Melalui My ASNB, para pelanggan ASB boleh terus menyemak penyata akaun di dalam portal ini.
Bagaimanaka cara register login My ASNB?
REGISTER MyASNB
Berikut adalah cara register myASNB online:
- Sila layari portal rasmi my ASNB di sini: https://www.myasnb.com.my
- Klik DAFTAR AKAUN(sila baca maklumat yang dipaparkan)
- Klik TERUSKAN dan tekan SETUJU.
- Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan(jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani)
- Klik SETERUSNYA dan perlu buat pengesahan TAC
- Sila isi nombor TAC dan klik SETERUSNYA.
- Sila cipta ID PENGGUNA,alamat email dan frasa rahsia.
- Kemudian pilih 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
- Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
- Sekarang cara daftar ASB online telah separa selesai.
- Anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal my ASNB dengan kata laluan (password) sementara
- Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.
LOGIN MyASNB
Berikut adalah cara login My ASNB:
- Sila layari portal rasmi myASNB dan klik LOG MASUK
- Kemudian masukan ID PENGGUNA dan klik teruskan.
- FRASA RAHSIA akan dipaparkan dan jika betul,sila masukan kata laluan sementera yang diberikan dan Klik TERUSKAN.
- Anda perlu tukar kata laluan dan masukan kata laluan baharu(ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara)
- Pendaftaran My ASNB selesai.
LOGIN APLIKASI MyASNB
Untuk lebih mudah login ASB, anda bolehlah memasang aplikasi My ASNB terus ke telefon pintar anda. Ianya tersedia untuk pengguna Android dan iOS.
MUAT TURUN APLIKAS MyASNB
KEMASKINI ASB ONLINE (MyASNB)
Pelanggan boleh mengemaskini maklumat-maklumat peribadi seperti alamat surat-menyurat, nombor akaun bank, nombor telefon, kata laluan (password), soalan keselamatan dan frasa keselamatan.
Untuk setiap kemaskini, perlu dapatkan pengesahan nombor TAC.
CARA KELUARKAN ASB ONLINE (MyASNB)
Bermula April 2020, pihak ASNB telah mewujudkan perkhidmatan baharu buat pelanggan.
Jika dahulu, pengeluaran ASB tidak boleh dilakukan secara online, kini ianya telahpun dibenarkan.
Pengeluaran secara online boleh dilaksanakan pada aplikasi.
Had pengeluaran pula adalah sebanyak RM500 sebulan sahaja.
Manakala, jumlah minimum pengeluaran adalah sebanyak RM100.
Transaksi pula adalah terhad sebanyak 3 kali sebulan sahaja.
Berikut adalah cara pengeluaran duit ASB secara online:
- Memasukkan jumlah yang hendak dikeluarkan.
- Wang akan dipindahkan kepada akaun peribadi pelanggan.
- Maka, pelanggan boleh mengeluarkan menggunakan kad atm bank yang dipindahkan tadi.
CARA TAMBAH MODAL MyASNB
Anda boleh menambah terus pelaburan secara terus ke dalam akaun anda. Ianya adalah secara percuma.
SEMAKAN PENYATA ASB ONLINE(MyASNB)
Anda boleh mengakses maklumat akaun my ASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada: Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7 pagi – 7 petang). Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) Nota : Tidak termasuk hari Sabtu and Cuti Umum.
SOALAN LAZIM
Apa itu ID PENGGUNA My ASNB?
Maksud kata nama untuk log masuk My ASNB
Apa itu KATA LALUAN My ASNB?
Kata kunci/password untuk log masuk My ASNB
Apa itu FRASA RAHSIA MyASNB?
Frasa keselamatan yang dipaparkan untuk log masuk MyASNB
Adakah boleh tambah modal ASB guna portal My ASNB?
Ya,boleh
Adakah dikenakan fi jika tambah modal ASB guna portal My ASNB?
Ia adalah percuma
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika terdapat sebarang persoalan tentang, register login My ASNB,bolehlah hubungi:
Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]
ARTIKEL LAIN
CARA KIRA ASB & ASB FINANCING / LOAN ( Mana Lagi Untung)
Lol berapa kali mau daftar ha..
lupa password
lupa id pengguna pass