CARA BUAT SEMAKAN SARINGAN KESIHATAN (HSP) PERKESO GUNA APLIKASI SEHATI
Kepada pekerja yang dibawah insurans PERKESO, anda kini boleh membuat semakan saringan kesihatan PERKESO. Disini kami kongsikan cara membuat semakan dan maklumat mengenai program ini, semoga membantu.
APA ITU PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO
Program saringan kesihatan (PSH) PERKESO adalah pemeriksaan kesihatan percuma diberi kepada orang berinsurans PERKESO bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD).
Faktor utama program ini diperkenalkan adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja yang disahkan mengidap keilatan akibat penyakit tidak. Dengan menjalani pemeriksaan ini, pekerja akan dapat mengesan awal penyakit tersebut seterusnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Intervensi awal ini akan memberi kesan yang positif terhadap sumber modal insan yang berpengalaman dan peningkatan produktiviti sesebuah majikan. Ini secara langsung akan menjamin keselamatan sosial pekerja khasnya pekerja di sektor swasta yang menjadi teras kepada kesinambungan pembangunan modal insan negara.
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO
- Warganegara Malaysia
- Berumur 40 tahun hingga 59 tahun
- merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan (sekurang-kurangnya mempunyai satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
- Mempunyai sekurang-kurangnya 12 bulan caruman di bawah skil keilatan
OBJEKTIF PSH PERKESO
- Memupuk kesedaran kesihatan terhadap penyakit tidak berjangkit dan menggalakkan budaya hidup sihat.
- Mengesan awal penyakit tidak berjangkit;
- Mencegah hilang upaya dan kematian awal disebabkan penyakit tidak berjangkit;
- Mencegah pengurangan atau kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit;
- Meningkatkan sumber modal insan dan produktiviti negara melalui persekitaran populasi pekerja yang sihat di sektor awam.
JENIS PENYAKIT YANG DISARING PSH PERKESO
- Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
- Bagi wanita saringan tambahan disediakan bagi mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim.
JENIS PEMERIKSAAN KESIHATAN PSH PERKESO
Pemeriksaan kesihatan meliputi:
- Pemeriksaan fizikal
- Konsultasi
- Pemeriksaan darah
- Analisa laporan
- Khidmat nasihat yang berkaitan
UJIAN PEMERIKSAAN PSH PERKESO
Ujian pemeriksaan meliputu:
- Full blood count
- Fasting glucose
- Fasting lipid profile
- Renal profil
- Liver Funtion Test
- Tumour Marker (CEA & AFP)
- Urine feme / Microalbuminuria
- Pap Smear (wanita)
- Mamogram (wanita)
CARA SEMAKAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO
- Muat turun aplikasi SEHATi di Google Playstore atau Apple Appstore.
- Daftar sebagai pengguna pada aplikasi SEHATi untuk menyemak kelayakan.
- Atur janji temu bersama panel klinik PERKESO didalam aplikasi.
- Bawa kad pengenalan ke klinik yang telah ditempah untuk janji temu.
- Tiada caj bagi pendaftaran dan ujian saringan kesihatan.
- Berpuasa 12 jam sebelum menjalani ujian saringan kesihatan.
Untuk panduan pendaftaran yang lengkap boleh rujuk muat turun Panduan Manual Pengguna
TARIKH PROGRAM SARINGAN KESIHATAN (HSP) 3.0
Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pekerja yang layak bagi bagi pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser, dan risiko penyakit jantung bermula 16 Mei 2023 hingga 31 Disember 2023.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Saringan Kesihatan Perkeso, sila layari website rasmi Sehati Perkeso di pautan https://sehati.perkeso.gov.my
ARTIKEL LAIN
PENCEN PENAKAT PERKESO (Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)
waiting reply