BAGAIMANAKAH CARA BUAT SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA?
Sekiranya anda pembayar cukai sama ada individu atau syarikat yang telah berdaftar, semestinya anda mempunyai nombor cukai pendapatan Malaysia. Nombor Cukai Pendapatan yang boleh digunakan untuk melakukan semua urusan dengan LHDNM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.Bagaimana sekiranya anda terlupa dan ingin membuat semakan no cukai anda? Disini kami kongsikan caranya menggunakan e-Daftar, semoga membantu.
APA ITU NOMBOR CUKAI
Nombor cukai adalah nombor rujukan yang unik. Anda akan dapatkan setelah anda mendaftar untuk cukai, maka LHDN akan memperuntukkan nombor cukai pendapatan kepada anda.
Untuk mendapatkan nombor cukai, anda harus menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan anda:
- Individu
- Sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan dari perniagaan, anda hanya perlu menyiapkan slip gaji terkini dan juga kad pengenalan.
- Syarikat
- Sementara bagi mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan, sediakan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Kad Pengenalan anda.
APA ITU e-DAFTAR
e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai.
SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)
Sebelum anda daftar pembayar cukai, anda dikehendaki membuat semakan terlebih dahulu, berikut adalah caranya:
- Layari pautan e-daftar semakan: https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
- Pilih jenis Pengenalan anda
- Isikan Nombor Kad Pengenalan anda
- Masukkan Kod Keselamatan yang tertera
- Masukkan Email dan Nombor Telefon anda (pastikan email dan nombor telefon yang berdaftar dengan LHDNM untuk memaparkan nombor cukai pendapatan dan cawangan anda (jika ada).
- Tekan hantar
- Paparan akan tertera ‘Nombor cukai pendapatan bagi no kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx telah didaftarkan di Lembaga Hasil Dalam Malaysia’
CARA DAFTAR PEMBAYAR CUKAI
Setelah anda membuat semakan dengan LHDN, berikut adalah daftar pembayar cukai di e-Daftar:
- Bagi individu
- Layari pautan e-Daftar: https://edaftar.hasil.gov.my/individu/dafsgjpnvdprd.php
- Isikan maklumat pada borang yang tertera
- Setelah selesai, tekan Hantar.
- Akan tertera mesej ‘Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah. Sila semak dan klik Butang Setuju
- Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.
- Sila catatkan atau cetak .
- No. Permohonan Pendaftaran pembayar cukai – diperlukan untuk menyemak status permohonan anda.
- Nombor Rujukan Cukai Pendapatan – anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan.
- Pastikan anda simpan nombor pemohonan anda sebagai rujukan
- Bagi Syarikat
- Layari pautan e-Daftar: https://edaftar.hasil.gov.my/syarikat/dafc.php
- Isikan maklumat pada borang yang tertera
- Setelah selesai, tekan Hantar.
- Akan tertera mesej ‘Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah. Sila semak dan klik Butang Setuju
- Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.
- Sila catatkan atau cetak .
- No. Permohonan Pendaftaran pembayar cukai – diperlukan untuk menyemak status permohonan anda.
- Nombor Rujukan Cukai Pendapatan – anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan.
- Pastikan anda simpan nombor pemohonan anda sebagai rujukan
SOALAN LAZIM
Siapa Yang Perlu Membayar Cukai Pendapatan?
Sekiranya anda bekerja di Malaysia dan memperoleh lebih daripada RM 34,000 setahun selepas pemotongan KWSP, anda perlu mendaftarkan fail cukai.
Tetapi, jika anda hanya bekerja kurang dari 60 hari atau anda bekerja di luar Malaysia, anda tidak perlu membayar sedikit.
Berapa Banyak Cukai Yang Anda Bayar?
Sekiranya anda memperoleh sekitar 5,000 hingga 20,000 setahun, anda perlu membayar 1% cukai. Dan jika anda memperoleh antara 20,000 hingga 35,000, cukai akan menjadi 3%, dan bagi mereka yang memperoleh antara 35,000 hingga 50,000, anda harus membayar 8%. Pergi ke laman web untuk melihat dengan teliti cara memeriksa nombor cukai pendapatan Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara semakan no cukai, anda boleh layari web rasmi LHDN di pautan http://www.hasil.gov.my/
ARTIKEL LAIN
CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)
LOGIN EPCB:ID CARA GUNA & KEMASKINI SISTEM POTONGAN CUKAI BULANAN
SENARAI PELEPASAN CUKAI 2021 : PELEPASAN YANG BOLEH DITUNTUT DALAM PENGIRAAN TAHUN TAKSIRAN 2020 UNTUK e-FILING
Saya Terlupa number cukai pendapatan