SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)
Adakah anda memohon biasiswa tetapi anda tidak Berjaya mendapatkannya. Namun anda memerlukan pembiayaan untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Sudah semestinya anda akan membuat pinjaman dengan pihak PTPTN. Selepas anda selesai pengajian, sudah pasti anda sudah mempunyai rekod pinjaman dan dikehendaki membayar semula pinjaman PTPTN anda tersebut. Adakah anda buat semakan nombor pinjaman PTPTN anda?
INFO UMUM PTPTN SEBELUM ANDA BUAT SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
FUNGSI PTPTN :
- Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
CARA BUAT SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN MELALUI PORTAL
Sebelum anda buat semakan nombor pinjaman PTPTN, anda perlu pastikan anda terlebih dahulu telah buat endaftaran pertama dan mempunyai akaun PTPTN online.
Berikut adalah merupakan cara untuk anda menyemak nombor pinjaman PTPTN anda secara online.
- Anda perlu melayari masuk ke pelayar internet ataupun klik laman web rasmi PTPTN yang dikongsikan ini
- Log masuk menggunakan akaun PTPTN online anda.
- Masukkan id dan kata laluan
- Setelah anda log masuk ke portal, anda perlu lihat dan klik pada Penyata Baki.
- Kemudian, anda klik pada pendaftaran untuk direct debit pada menu pilihan.
- Klik pada permohonan baru
- Klik Mohon.
- Selepas anda telah selesai klik Mohon, maklumat pinjaman anda akan dipaparkan pada skrin termasuk nombor pinjaman PTPTN anda.
- Anda boleh buat cetakan screen.
CARA BUAT SEMAKAN NO PINJAMAN PTPTN MELALUI E-MAIL
Selain kaedah yang dikongsikan diatas, anda juga boleh gunakan kaedah ini sekiranya pada waktu pendaftaran anda menggunakan kaedah manual iaitu pendaftaran menggunakan e-mel anda.
- Anda perlu buka laman web rasmi PTPTN.
- Kemudian anda perlu memasukkan kata laluan anda dan juga nombor kad pengenalan anda dan klik butang Login.
- Kemudian, anda perlu mencari pada bahagian Penyata Baki pada menu pilihan.
- Klik pada Mohon Direct Debit.
- Klik Permohonan Baru.
- Nama dan nombor kad pengenalan anda akan dipaparkan pada skrin
- Anda perlu klik Mohon.
- Maklumat pinjaman anda termasuk nombor pinjaman PTPTN anda akan dipaparkan.
- Pastikan anda catat dan simpan nombor tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.
CARA BUAT SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN MELALUI TELEFON
Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000. Nombor ini memang tersedia di portal PTPTN untuk mudah dirujuk oleh para peminjam. Anda hanya perlu menghubungi dan menyatakan maklumat yang diminta untuk mereka buat semakan nombor pinjaman anda.
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh berurusan terus dengan pihak PTPTN melalui alamat berikut dan nombor telefon di bawah
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
Artikel Lain
Saya husna dr Kuantan
Boleh saya buat semakan tentang baru ini terdapat autodebit bayaran ptptn melalui akaun bank saya. Sedangkan saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman ptptn
Semak pinjam ptptpn