CARA SEMAK PENERIMA DARJAH KEBESARAN(Check Dato’ Palsu Ke Betul)
Pada masa kini terdapat pelbagai aktiviti penipuan dan pelmasuan yang dilaporkan. Salah satuanya adalah pemalsuan dari segi gelaran palsu Datuk / Dato’ (atau yang seumpamanya) yang tersebar melalui di kedai Facebook, WhatsApp, dan e-dagang. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan penerima darjah kebesaran melalui Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), seoga membantu.
APA ITU BAHAGIAN ISTIADAT DAN URUSETIA PERSIDANGAN ANTARABANGSA (BIUPA)
Bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) bertanggungjawab untuk menyedia dan telah mempunyai satu sistem rekod yang lengkap dan terkini ke atas semua penerima anugerah Persekutuan.
Senarai penerima DKBPP telah dimuat naik ke laman web Jabatan ini bagi tahun 1958 hingga tahun semasa.
Manakala maklumat penerima Darjah Kebesaran peringkat Negeri yang membawa gelaran yang ada di laman web Jabatan ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam Warta Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBP Negeri) yang dibekalkan kepada Jabatan ini oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.
PENGESAHAN PEMASLSUAN DARJAH KEBESARAN(SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN)
Majlis Menteri-Menteri Persekutuan Malaysia (MDPM) memaklumkan bahawa mereka telah menerima aduan mengenai pemalsuan ini. Terdapat juga persatuan tertentu yang menjual semua jenis perlengkapan Datuk seperti kelayakan, pingat, dan lambang kereta kepada penipuan dengan harga sekitar RM80,000 hingga RM120,000 setiap gelaran ‘Datuk’.
Item yang mengandungi gelaran kehormatan yang dibuat untuk menyesatkan orang menjadi individu yang dipercayai adalah Datuk, seperti pingat dan lambang kereta, juga adalah tidak sah.
MOTIF PEMALSUAN DARJAH KEBESARAN
Pihak yang tidak bertanggugjawab membuat pemalsuan ini adalah untuk mendapatkan kekayaan bukan hanya untuk ego peribadi, tetapi terutama untuk tujuan perniagaan dan pengiktirafan segera, tambahnya.
CARA SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN
Sekiranya anda meragui kesasihan tersebut, anda boleh membuat semakan seperti berikut:
- Layari Portal Semakan Darjah Kebesaran, Pingat & Anugerah: Layari laman web http://www.istiadat.gov.my/
- Papa paparan utama, scroll ke bawah dan klik pada Perkhidmatan Online
- Seterusnya klik Tekan butang Carian
- Pilih Tapisan mengikut :
- Negeri
- Anugerah
- Tahun
- Seterusnya klik ENTER
- Keputusan carian dan semakan darjah kebesaran akan dipaparkan
NOTA: Hanya senarai penerima Darjah Kebesaran yang telah diwartakan dan dibekalkan ke Jabatan ini sahaja dimuat naik ke laman web rasmi BIUPA. Semakan darjah kebesaran secara lebih lanjut boleh dibuat dengan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkaitan sekiranya maklumat penerima tiada di laman web Jabatan ini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau persoalan mengenai penerima darjah kebesaran, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:
- Portal rasmi Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
- Hubungi: 03-8000 8000 | Faks : 03-8888 3903
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
CARA KIRA ASB & ASB FINANCING / LOAN ( Mana Lagi Untung)