SEMAKAN STATUS eMAKLUM (NOTIFIKASI INVOIS BAYARAN)

SEMAKAN STATUS eMAKLUM: CARA CHECK NOTIFIKASI INVOIS BAYARAN/DOKUMEN (emaklum.anm.gov.my)

Kepada anda  yang baru bermula mengenali sistem eMaklum, di sini kami kongsikan mengenai eMaklum dan cara semakan status. Semoga membantu.

APA ITU eMAKLUM

eMaklum merupakan sistem yang dibangunkan kerajaan, di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), untuk menghantar notifikasi berkenaan status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam).

FUNGSI eMAKLUM

Berikut merupakan  fungsi-fungsi utama fungsi/proses di dalam sistem eMaklum :

  • SuperAdmin –
  • Admin
  • AO
  • PTJAdmin
  • PTJ

CARA GUNA SISTEM eMAKLUM

Berikut adalah merupakan cara penggunaan sistem ini kepada pengguna kali pertama iaitu:

Anda boleh memuat turun aplikasi e-maklum (Play Store/Apple Store) atau boleh pergi terus ke laman web e-maklum

Masukkan  pilihan berikut:

No. Kad Pengenalan bagi pengguna Individu

No. Daftar Syarikat/Organisasi bagi mewakili pihak Pembekal.

Isi No. Akaun Bank/No. Rujukan Bayaran/No. Invois di medan kedua.

Seterusnya pengguna boleh memilih carian berdasarkan tiga perkara ini:

No. Akaun Bank

No. Rujukan Bayaran

No. Invois

Akhir sekali anda boleh meletakkan tarikh invois yang diberikan pembekal.

Nota: Penggunaan no. Invois hanya terpakai kepada pembekal sahaja utuk tujuan semakan/carian selain bayaran melalui Electroci Fund Transfer (EFT) iaitu bayaran melalui cek/draf bank/pindahan wang.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN eMAKLUM

Sekiranya anda ingin membuat semakan status invois atau bayaran, ikuti cara di bawah:

  1. Layari ke laman web eMaklum: https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan No Kad Pengenalan/No. Daftar Syarikat/ Organisasi
  3. Masukkan No. Akaun Bank/ No. Invois/ No. Rujukan Bayaran
  4. Pada “Carian Berdasarkan”, pilih carian yang anda mahukan seperti No. Akaun Bank / No. Invois / No. Rujukan Bayaran
  5. Pilih tarikh mula dan tarikh akhir yang anda inginkan
  6. Sahkan recaptcha yang tertera, kemudain klik  Semak untuk melihat status bayaran.

KAEDAH SEMAKAN NOTIFIKASI BAYARAN eMAKLUM

Untuk kaedah semakan anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan notifikasi perubahan status dokumen anda melalui salah satu cara berikut:

  1. Emel: Notifikasi emel secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.
  2. SMS: Notifikasi SMS secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.
  3. Cetakan: Notifikasi surat bercetak menerusi kiriman pos bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.

Nota: Maklumat notifikasi Dokumen Bayaran hanya disimpan oleh JANM untuk tempoh 18 bulan terkini sahaja, dan maklumat akan dikeluarkan secara automatik selepas daripada tempoh tersebut.

SENARAI STATUS NOTIFIKASI BAYARAN eMAKLUM

Berikut adalah merupakan status notifikasi bayaran yang dipaparkan setelah menekan menekan butang semak dalam sistem e-maklum mengikut situasi yang dihadapi iaitu:

  • Dihantar ke Bank
    • Maklumat bayaran EFT telah dihantar ke bank.
  • Diterima oleh Bank
    • Maklumat bayaran EFT telah berjaya diterima oleh bank dan proses bayaran mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja.
  • Gagal diproses Bank
    • Maklumat bayaran EFT gagal diproses
  • Dikeluarkan
    • Status bayaran bagi non-EFT iaitu cek/draf bank/pindahan wang (Telegraphic Transfer)
  • Dibatalkan
    • Maklumat invois dibatalkan.

NOTA: Sekiranya status bayaran adalah berjaya, anda digalakkan untuk memuat turun perincian bayaran pada butiran cetak untuk rujukan dan rekod simpanan peribadi.

SENARAI STATUS DOKUMEN INVOIS eMAKLUM

Terdapat 4 jenis status notifikasi bagi Invois ini iaitu :

  1. Diterima : dokumen invois Berjaya dikunci masuk oleh 1GFMAS.
  2. Disemak : dokumen invois berjaya disahkan oleh pegawai di peringkat Pejabat Perakaunan (AO)/Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  3. Diperakukan : dokumen invois Berjaya diluluskan oleh pegawai di AO/ PTJ.
  4. Dikuiri : dokumen invois dikuiri atas sebab-sebab tertentu.

SOALAN LAZIM (FAQ) eMAKLUM

Berapa lamakah jangka masa maklumat pembayaran eMAKLUM yang akan di paparkan ?

  • Jangka masa pembayaran akan terpapar enam bulan terkini dari tarikh semasa

Apa kelebihan mendaftar dengan eMaklum ?

  • Nombor akaun anda dilindungi dari di akses oleh pihak ketiga
  • Anda boleh menyimpan semua maklumat pembayaran yang lepas menggunakan “Menu Maklumat”

 Bolehkan saya mendaftar  eMaklum lebih dari satu akaun ?

  • Boleh, tetapi menggunakan ID yang berlainan.

Apakah maklumat yang di paparkan?

  • Maklumat Pembayaran EFT sahaja

Jjika saya tidak mendaftar eMaklum adakah saya boleh menyemak maklumat pembayaran saya?

  • Ya, anda boleh menyemak status bayaran anda dengan menggunakan menu Status Pembayaran.

Macam mana nak check status kebankrapan individu & penggulangan syarikat?Boleh semak di E-INSOLVENSI

MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN STATUS eMAKLUM

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, hubungi

Share your love

5 Comments

  1. Aslkm..macam mana saya nak mengetahui pembayaran elaun atau imbuhan masuk ke dalam akaun bank ? Saya tiada terima notifikasi dari jabatan akaun untuk kemasukan bayaran ke dalam bank

  2. Assalamualaikum..mcmane sy nak mengetahui pembayaran elaun saya… Saya bekerja selama tiga tahun tapi tak dapat email mengenai pembayaran elaun saya… Macam mana saya nak buat…

  3. masih tak dapat guna kemudahan ini,
    setelah dimasukkan
    1. nama syarikat
    2. no akaun bank
    3. tarikh carian
    4. jenis carian.

    rasanya komen ni tak akan dijawab, sbbnya tiada jawapan pon dari pertanyaan diatas.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *