SEMAKAN STATUS SPN KBS:PERMOHONAN SKIM PERANTISAN NASIONAL GAJI RM1200 KE ATAS

SEMAKAN STATUS SPN KBS:PERMOHONAN SKIM PERANTISAN NASIONAL GAJI RM1200 KE ATAS

Kepada belia di bawah umur 30 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan atau mengganggur, anda berpeluang untuk mendapat latihan dan pekerjaan serta gaji melebihi RM1,200 melalui Skim Perantisan Nasional (SPN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

SPN adalah skim perantisan yang dilaksanakan di bawah KBS dengan kerjasama kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia bersama agensi-agensi di bawah ketiga-tiga kementerian tersebut.

Skim yang berkonsepkan “place and train” ini memberi jaminan peluang pekerjaan sebanyak lebih 10,000 peluang yang disediakan kepada belia sebagai perantis di pelbagai syarikat dan organisasi yang terlibat.

Permohonan bagi para belia yang berminat boleh dilakukan secara atas talian sahaja melalui http://perantisan.kbs.gov.my/.

Bagaimana cara Program Subsidi Upah(PSU) 3.0?

OBJEKTIF SPN

Berikut adalah 3 objektif pelaksanaan SPN KBS ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman kepada belia.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dana dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skill dan on-job training.
  • Membantu mengurangkan kadar pengangguran belia.

APA MANFAAT SPN?

Belia yang layak dan berjaya menyertai SPN ini bakal menerima 3 manfaat iaitu:

  • Menyertai latihan bagi meningkat kebolehpasaran
  • Peluang untuk diserap terus dalam pekerjaan
  • Memperoleh gaji sebanyak RM 1,200 ke atas

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN SPN KBS

Belia yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Belia tersebut mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.
  • Belia tersebut mestilah lepasan sekolah/graduan yang mengganggur/tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Tidak diisytiharkan bankrap.
  • Belia tersebut sanggup mengikuti program secara sepenuh masa.

CARA PERMOHONAN SPN KBS

Untuk membuat permohonan SPN, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://perantisan.kbs.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Isi maklumat diri dengan betul dan klik butang seterusnya.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan tersebut.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:

  • Gambar berukuran passport (jpeg, jpg dan png)
  • Resume yang terkini (doc dan pdf)

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada sebarang pertayaan mengenai semakan status SPN KBS, sila berhubung dengan Sekretariat SPN di talian 03-8871 3265 atau menghantar email ke [email protected] atau [email protected].

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *