SISM40:CARA DAFTAR/REGISTER/PERMOHONAN SKIM INTERNET SELANGOR M40
Kepada yang berminat dan layak, Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 (SISM40) yang dilaksanakan dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan 8 pakej menerusi Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas bermula 1 Julai 2021.
Yang menariknya adalah,pelanggan pakej berpeluang menikmati subsidi daripada Kerajaan Negeri sekitar RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun.
Siapakah yang layak menikmati SISM40?
APA ITU SISM40?
SISM40 memberi peluang kepada golongan M40 menikmati internet bekelajuan tinggi dengan harga minimum.
Inisiatif yang pertama kali dilaksanakan bersama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia akan memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat negeri Selangor.
Melalui inisiatif ini terdapat 8 pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Melalui langganan pakej-pakej tersebut, setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM 10 – RM 30 sebulan dalam tempoh setahun.
Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan semua 56 Pejabat Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Selangor dalam usaha memastikan dan mendapatkan seramai mungkin peserta-peserta yang layak untuk bantuan M40 yang telah dikategorikan dalam pakej ini.
Berikut adalah butiran utama tentang Skim Internet Selangor M40:
- Nikmati internet berkelajuan tinggi dari 30 mbps – 300 mbps
- Nikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile
- Terbuka kepada golongan M40
- Harga yang lebih murah di pasaran
- Rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan
- Spesifikasi Internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SISM40
Berikut adalah Syarat Kelayakan Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Lingkungan gaji isi rumah antara RM4,800 dan RM11,000
- Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja.
- Permohonan hanya untuk individu sahaja, bukan untuk premis perniagaan.
- Pengguna Unifi Home sedia ada tidak layak memohon KECUALI yang masih menggunakan Unifi Lite atau Streamyx.
SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN SISM40
Senarai harga dan pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
PAKEJ ASAS
PAKEJ BUJANG
PAKEJ KELUARGA
CARA DAFTAR SISM40
Berikut adalah cara pendaftaran SIS M40 online:
- Sila layari https://sism40.com.my/.
- Pilih pakej.
- Semakan kelayakan.
- Status permohonan.
- Pemasangan
Macam mana nak mohon BANTUAN KHAS OKU KITA SELANGOR 2.0?
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda berminat,boleh layari https://www.sism40.com.my/ atau menghubungi talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) kecuali pada cuti umum.
Cara daftar isi
Bantuan tunai
Nak minta tolong Sara, sekarang dapat tolong kebajikan, bujang Dan tidak bekerja. Tak dapat tolong dari saudara atau kawan. Terima kasih IC 551215016204