PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI (Golongan B40)
Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta sepertimana yang dilaksanakan Kerajaan Selangor Skim ini merupakan kemudahan ‘kredit’ untuk golongan B40 berjumpa dengan Pegawai Perubatan Am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai skim perubatan ini, semoga membantu
APA ITU SKIM PERUBATAN MADANI
Skim PerubatanMADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
MANFAAT SKIN PERUBATAN MADANI
Berikut adalah merupakan manfaat menerusi skim ini iaitu:
- Isi Rumah Berkeluarga: RM 250
- Senarai isi rumah yang berdaftar dengan LHDN
- Warga Emas (tanpa pasangan): RM 125
- Berumur 60 tahun ke atas
- Bujang: RM 75
- Bujang berumur antara 21 – 59 tahun
- Bujang OKU berumur antara 19- 59 tahun
SYARAT KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:
TARIKH PERLAKSANAAN SKIM PERUBATAN MADANI
Skim Perubatan ini yang memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), akan bermula 15 Jun 2023 ini.
CARA SEMAK KELAYAKAN SKIM PERUBATAN MADANI
Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:
- layari pautan Semakan Kelayakan Skim Parubatan MADANI
- Masukkan no Kad pengenalan anda
- Tick pada I’m not a robot dan klik Semak
- Paparan status kelayakan anda anda tertera berserta tanggungan anda.
CARA PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI
Kelayakan untuk penyertaan dalam Skim Parubatan MADANI adalah automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar. Tiada pendaftaran diperlukan.
LOKASI PANEL SKIN PERUBATAN MADANI
Fasa rintis Skim Perubatan ini akan dilaksanakan di daerah Seperti berikut:
- Johor Bahru (Johor)
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Klang
- Petaling
- Hulu Langat
- Gombak (Selangor)
- Kinta (Perak)
- Timur Laut (Pulau Pinang)
- Kuching (Sarawak)
- Kota Kinabalu (Sabah).
PERKHIDMATAN RAWATAN SKIN PERUBATAN MADANI
CARA DAPATKAN RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI
- Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim ini (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Parubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.
- Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
- Had manfaat Skim Parubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan
LOKASI KLINIK SKIM PERUBATAN MADANI
Berikut adalah merupakan senarai loaksi panel klinik yang berdaftar melalui skim ini yang berhampiran anda iaitu:
- Layari pautan
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
- Daerah
- Bandar
- Nama Klinik
- Setelah lengkap klik pada Cari
- Paparan lokasi klinik berhmapiran anda kan terpapr.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian kesihatan Malaysia di pautan https://www.moh.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN
- PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN PERCUMA (Kes Syariah Penceraian Jenayah Sivil)
- SENARAI KOS RAWATAN PENYAKIT DI MALAYSIA (HARGA TERKINI)
Golonngan B40
Pesakit Datah tinggi dn kelestrol
Selamat petang, saya nak tanya, saya nak tahu macam mana dapat duit medical ic Rm250
Bantuan perubatan madani
Perubatan madani