TAMBAH SALURAN ASTRO(ADD ON)

BAGAIMANAKAH CARA TAMBAH SALURAN ASTRO?

Boleh dikatakan setiap rumah sekarang mempunyai astro dan tentu kebanyakkan akan melanggan pakej yang basic kan. Mesti bosan bila tengok siaran yang sama je dan anda ingin juga melihat astro best ke, karton untuk anak ke. Sebenarnya anda boleh add onn saluran pek astro anda.Bagaimana cara untuk tambah saluran astro? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

PANDUAN TAMBAH ADD ON SALURAN ASTRO

Sebelum anda ingin add on saluran Astro anda, pastikan anda telah melanggan apa-apa pakej yang ditawarkan Astro seperti pakej Starter Pack, Value Pack, Super Pack dan banyak lagi. Jika anda sudah langgan mana-mana tv pakej, anda boleh add on mana pek yang berminat  boleh dilakukan dengan 2 cara yang disediakan oleh Astro iaitu secara online atau tambah melalui channel 200 di Astro.

CARA ADD ON LANGGAN MELALUI CHANNEL 200

Disini kami kongsikan cara untuk add on melalui channel 200 Astro

  1. Klik pada Channel 200 di Astro anda
  2. Pada paparan utama pilih pada UPGRADE/BUY PACKS
  3. Senarai semua channel atau pakej yang ada akan terkeluar. Sekiranya anda ingin mengetahui harga, anda tekan pada highlight channel yang anda inginkan kemudian tekan Info. Harganya akan terpapar.
  4. Bila anda telah mebuat pilihan pakej yang diingini, select OK. Seterusnya ikut arahan selanjutnya yang diberikan.
  5. Setelah selesai, dalam masa 15 minit anda dah dapat melihat channel yang anda add on.
  6. NOTA: Harga bil bulanan anda mungkin berubah/meningkat mengikut tambahan harga yang di add on nanti.

.

CARA TAMBAH ADD ON LANGGAN DI WEBSITE ASTRO

Terkini anda juga boleh add on channel anda inginkan di website Astro. Berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan rasmi Astro di pautan www.astro.com.my dan log masuk akaun anda dengan tekan Login
  2. Masukkan Email dan Password akaun Astro anda dan klik “Login”
  3. Seterusnya klik pada tab My Account > Manage Account
  4. Seterusnya pada account summary > add-ons dan klik “Manage”
  5. Kemudian pilih A-La-Carte dan cari pek yang anda ingin tambah. Seperti contoh Sport Package dan klik “Buy”
  6. Akhir sekali akan dipaparkan harga pek tersebut (Starter Pack + Sport Package hanya tambah RM33 sahaja). Sekiranya anda berminat, terus klik “Confirm”
  7. Selepas 15 minit, anda boleh mula tonton pakej yang anda telah tambah tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk add on saluran dan pek Astro, anda boleh hubungi pihak Astro untuk membantu anda

ARTIKEL LAIN

CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

CARA DAFTAR ASTRO GO(REGISTER PERCUMA ONLINE astro.com.my )

SAMBUNG ASTRO SEMULA:CARA SAMBUNG SELEPAS KENA POTONG/TERMINATE

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *